Saturday, 20 December 2014

hari ni saya xnk tulis banyak2 pun, tetapi aq teringat sesuatu, aq dah putus dengan saiful anuar, lebih kurang 3tahun yang sudah. sekarang aq masih mencari yang betul2 terbaek dalam hidup ni. ada la jugak aq cuba nasib dalam facebook, sebab dikatakan dalam facebook pun boleh dapat pakwe. aq bukan nk mencari pakwe semata2. tapi aq nak mencari seorang lelaki yang betul2 boleh menjaga aku, walupun aq xbekerja
sehingga sekarang masih mencari. di sebab kan aq sukakan outdoor, aq ada la ter kenalan dengan seorang lelaki ni, nama dia Zizan, dah beberapa bulan berkenalan, ada jugak keluar lepak sesama, minum teh kat kedai, pas tu ada satu masa, kami plan nk ke Sungai Sedim

best jugak sebab aq memang dah lama berhajat nak naik tree top walk tu. walaupun bende tu adalah kosong, xde apa2. tapi aq enjoy bergambar dengan dia.














walau mcm mna pun, hubungan hanya separuh jalan, dia pergi tgglkan aq, dan facebook pun dia dah remove and block aq dari friend list. mungkin jugak dia ada pengganti laen.
xper lah aq xkisah, hidup perlu diteruskan...


Saturday, 6 December 2014

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH


Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Friday, 19 July 2013

kekasih baru

dah sekian lama aq putus dengan selpul anuar, sekarang aq dengan Mohamed Adni bin Mohamed Amir. kebahagiaan ku cuma di awal perkenalan. bila dia mula beritahu aq pasal kewujudan Ana dalam hidup dia,sejak itu hubunganku dengan dia makin goyang. bila sekali aq minta putus,dia akn pujuk aku, selepas pujuk,dia dah rasa diri dia stabil dengan aq, dia akn contact semula dengan Ana. Ana sendiri contact aq,call dan mesej dengan aq sbb tu aq tahu kalau dia ada hubungi Ana. setiap kali aq suarakan, dia akn pujuk, berulang-ulang sampailah satu masa...  

Adni ditawarkan kerja dengan kawan dia di sebuah kedai pancing.masa mula-mula dia kerja,semua nampak ok, tapi bila dia kerja tanpa hari cuti, sejak itu lah aq rasa macam dia xde masa untuk aq. aq rasa dia jauh sangat dari aku. tambah lagi aq tengok dia tu banyak dapat sponsor dari kawan dia tu, aq dah rasa pelik dah. baik sangat ke hubungan diorang tu sampai semua kawan dia tanggung. sekarang perasaan aq mengatakn dia dah xperlukan aq lagi,hidup dia dah lengkap dengan apa yang kawan dia bagi tu, dia dah rasa bahagia dah,dah rasa senang. dah xpayah minta tolong aq lagi dah.

ini dah puasa, sekali pun aq xmerasa berbuka dengan dia, tiap kali rancang berbuka hari yang dia dapat cuti, pasti ada yang xkena. dia bukannya duk rumah pun, hari cuti pun dia pergi ke tempat kerja alasan bagi makan kucing. aq pelik betul, apa yang ada kat kedai tu sampaikan dia langsung xnak duk rumah. hidup dia cuma kat kedai tu je. sekarang mana ada masa dengan aku... dia balik, main game tidur, xde masa nak bagi perhatian pada aq. dia ingat kalau dia tanya aq dah makan ke belum tu, itu dah cukup ker?

sekarang dah lebih seminggu puasa, dia dah dapat baju melayu dari kawan dia,, tapi dia sikit pun xtanya aq pasal aq, aq dah ada baju ke xde ke, xpernah sekali pun terpacul dari bibir dia "anje,anje dah beli baju ke?kalau belum mari pergi sesama" XPERNAH SEKALI pun.... malam tadi dia ajak pergi Jalan TAR, dia boleh cakap, ha anje nak beli apa?anje pergi lah....AKU tersentap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dia tu driver aq ker??? aq x expect pun dia boleh cakap macam tu.aq bukan minta dia hantar aq jer,pas tu jadi robot,ikut je aq jalan... tolong lah... aq tau hidup kau dah lengkap.... kalau xikhlas nak ajak aq, xpayah lah ajak... menyakitkan ati aq....

aq nak kan teman hidup bukan bodyguard!!!!!!!!!!!!!!!!!
aq kecewa sangat dengan dia....

Monday, 14 May 2012

kursus asas rekreasi tahap 1

adessss penat2... aq baru jer balik dari kg teluk nibung kot... errr xtau apa nama tempat tu.. tapi kampung orang la.. yang berdekatan dengan pantai merdeka... hehehe penat tapi best giler... best gilerrrr!!!!!!!!!! aduhh!! kalau ada peluang aq nak pergi lagi. sebenarnya... kisah bermula nya aq pergi kesana... hehehe

selepas dah 2hari aq ikuti slot perkongsian ilmu kat tasek sime darby tu, tiba2 malam tu (malam selasa) aq tengah disscussion kat PKP lama, tetiba aq dapat satu mesej daripada En.Khairi.. lecturer rekreasi aq tu.. dia cakap, sekiranya aq diberi peluang untuk pergi ke kem yang aq dah ikut slot perkongsian ilmu tu, aq nak ke x.. apa lg.. aq terus jawab nak! hmm pas tu dia balas kat aq, suruh aq bagi nama kat AJK sebagai peserta luar. dan bayaran ditanggung sepenuhnya oleh En khairi.. waaaaa syok giler aq rasa time tu... huhuhu mana x nya, orang belanja. hahaha.. dah sampai sana, malam tu aq pergi night walk.. best sangat! ada bunnyi anjing..masa rentas bukit. pas rentas bukit tu, kami sampai la di pantai merdeka.. hahaha aq dengan Lim, siap main buaian lagi, sebab kat pantai tu ada taman permainan. main buai, main jongkang - jongkit. ambik angin pantai. tapi xleh snap gmbr la malam tu, sebab xtau plak nak gi ke pantai.. so aq xbawa kamera.

esoknya plak, ada aktiviti abselling dengan orientaring di waktu pagi. best giler jugak. aduhhh ni gmbr aq






time nak turun abseling ni lah, aq dengar ada suara lelaki yang memuji aq.. hahaha dia cakap 'ramping jugak ida ni... ni kalau kerengga tengok pun menangis ni' hahahahaha lagi dia ckp kat budak sebelah dia kot.. selalu gi kelas pakai baju besar2 so mana nampk.. hehehehe segan jugak dia cakap aq ramping. orang yang cakap tu xlain xbukan En Khairi lah.. huhuhu.. dah selamat turun bawah tu, diorang belajar cara ikat tali,.. ada lah simpulan2 tu, salah satunya simpulan untuk selamatkan mangsa yang lemas, lepas kawan aq belajar, aq bagitau Lim, kawan aq tu, aq ckp, cuba test kat aq, (sambil peluk aq la) Lim buat2 xjadi, sekali En Khairi datang, dia cakap, boleh x sy tunjuk kat awk ida? aq pun slumber badak jer tengok apa yang dia buat tu... hehehe first time kot lecturer buat gitu kat aq.. bahagia sekejap.. kawan2 yang lain tgk2 jer kat aq.. hehehe

dah tu petang nya kami main kayak.. pergh!!! kayak kat laut beb!!! memang best giler walaupun muka aq dah hitam... sebelom kayak, kami ada water confidence. ermm aq xleh buat, sbb life jaket aq tu asyik nak terbalik sebelah jer, aq pun xtau kenapa. mula2 aq berpaut pada Dilah, pas tu dia bawa aq kat tempat En Khairi, mula2 dia nak ajar aq, pas tu aq xleh buat, dah makin cuak, aq berpaut kat life jaket dia, tapi dia xbagi sebab nanti tenggelam dengan dia2 sekali la..hahaha dah tu apa lagi, aq berpaut la kat dia, aq dah tertendang dia kot aq rasa...hehehe walaupun aq dah try berani nak wat, tapi aq xleh... huhuhu dah nak habis water confident tu, aq berpaut kat dilah balik.. dia yang renang ke tepi bawa aq... hahaha pas tu baru main kayak... best ar... tapi lenguh sikit sbb nak lawan ombak tu... pergh! kalau terbalik aq kat situ memang naya, dah la water confident xleh... ermmmm...

habis kayak, malam tu ada malam kebudayaan, aq xamik gambar plak... tapi best gak sebab budak2 ni wat lakonan, ada wat tarian, ada wat nyanyian, best dansyok gelak ketawa kat sana. malam tu, bila dah habis persembahan dan makan2 tu, aq dengan Lim lepak kat tengah2 tu, En Khairi tengah tido kat situ, Lim plak pergi nak borak2 dengan dia. ermmm aq join sekaki la.. lepak la dengan diorang malam tu, kejap jer... pas tu aq tido ar...

esok nya terus majlis penutup, tapi ada beberapa gambar yang boleh dikongsi kan.. hhehehehe














dan aq xtau kenapa aq xleh rotate semua gambar2 ni... aduiyai.... ish!!!!

Friday, 27 April 2012

kerja bertimbun

aduh.. entah apa yg aq dah buat kat epol. aq pun xtau kenapa semenjak dua menjak ni aq selalu tinggi suara dengan epol, selalu maki maki dia, sedang kan dia cakap elok dengan aq. aq xtau kenapa.. aq penat sangat sekarang ni. motivasi kerja aq xtinggi sangat sekarang. aq penat sebab pergi kelas, balik terus masuk kerja, bila masuk kerja, aq xde mood nak buat assigment sbb kat lab kot, aq xrasa suasana belajar tu. dah tu balik2, kalau makan dengan nana aq kena rush, balik salin baju terus pergi makan, dah makan balik mandi2 semua, malam buka laptop ngada facebook lagi. nak sampai ke tahap buat assigment tu, berejam jam dok ngadap facebook. pas tu bila dah kul 12 mula la mata ngantok, time tu la baru teringat assigment. buka assigment, buat separuh jalan, ngantuk tido!.. ermmm sbb tu assigment aq xsiap2.. pas tu si sepul plak, kul 4pagi baru la nak menelefon, aq penat seharian, daripada pagi aq bangun sampai la aq ngadap laptop utk facebook malam tu baru berenti rehat atas kerusi. penat kaki berjalan ke sana kesini, kerja lagi rasa macam nak tido, tp kang orang datang tgk tgh tido, apa plak orang fikir. ermmmm

kalau dia xcall aq kul 4pagi tu, dia call aq pukul 8pagi, aq tengah lena lagi, sbb kul 9pagi aq baru nak bangun utk teruskan rutin harian aq sampai ptg yg sangat memenatkan... pas tu nak aq borak la pagi tu? ko memang silap la..

aq xtau la... aq penat sebab kerja aq ni memang la xpenat sbb tukang print je, masalah nya mata aq penat sbb ngadap skrin PC tu. kekadang tgk PC kejap jer mata dah berair.. penat tau, mudah aq ngantuk. lagi satu, kekadang rasa xberbaloi, sebab paling banyak pun 2bulan aq kerja ni baru dapat RM 150. rasa xberbaloi sbb dah 2bulan. tapi aq terpaksa kerja ni, kurang2 aq ada jugak back up utk aq wat belanja makan.

nak tau kenapa aq boros awal nya dulu? ermmm sbb aq bajet yang sepul akan bayar duit aq sem ni.. jadi aq xkan putus dengan duit. sekarang ni, habuk pun xde. so aq terpaksa la limit kan belanja dengan duit yang ada. dan dengan keadaan macam ni, aq dah xamik kisah dah apa yang sepul buat. dia kerja ke x ker, aq xamik tau pun. biar lah. dan bila aq fikir sedalam2 nya, mampu ke dia nak jadi suami aq? mampu ker? mekap aq jer dah dekat RM100, belom masuk makan lagi, barang ngada2 lagi, baju semua.. macam mana? hutang aq pun xterbayar, lagi kan pulak nak tanggung belanja aq. nampak macam dia xde masa depan. aq xtau lah....

sekarang ni, aq sabarkan jugak penat ni.. dah tertekan macam ni sebab kau, memang kat kau la aq lepas kan, sebab tu aq selalu marahkan ko. aq xnak fikir hal masalah ni, lagi pun sepanjang aq xtopup, ko xde kredit, aq rasa selesa sebab aq xperlu pikir nak layan kerenah ko. aq balik kerja, makan, balik mandi, ngadap laptop, pas tu tido. memang kadang2 bosan sebab xborak dengan sapa2 pun. tapi lagi bagus macam tu kalau hanya menghabis kan duit jer... sem ni berapa ratus duit aq hbs utk topup sahaja. niat awalnya aq nak kumpul kad topup tu, nak tgk berapa ribu aq hbs utk tanggung kos gayut malam2 utk jantan. tp xterbuat sbb aq tau amount tu xtepat sbb aq ada gak topup pakai reload. ermmm

aq xpernah hbs kan duit utk jantan, biasanya jantan yang habis kan duit untuk aq, dan sekarang ni tuhan balas balik kat aq... aq dah papa dah... so, xyah la aq pikir nak berbelanja lebih2 mcm dulu... hmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...