Monday, 14 May 2012

kursus asas rekreasi tahap 1

adessss penat2... aq baru jer balik dari kg teluk nibung kot... errr xtau apa nama tempat tu.. tapi kampung orang la.. yang berdekatan dengan pantai merdeka... hehehe penat tapi best giler... best gilerrrr!!!!!!!!!! aduhh!! kalau ada peluang aq nak pergi lagi. sebenarnya... kisah bermula nya aq pergi kesana... hehehe

selepas dah 2hari aq ikuti slot perkongsian ilmu kat tasek sime darby tu, tiba2 malam tu (malam selasa) aq tengah disscussion kat PKP lama, tetiba aq dapat satu mesej daripada En.Khairi.. lecturer rekreasi aq tu.. dia cakap, sekiranya aq diberi peluang untuk pergi ke kem yang aq dah ikut slot perkongsian ilmu tu, aq nak ke x.. apa lg.. aq terus jawab nak! hmm pas tu dia balas kat aq, suruh aq bagi nama kat AJK sebagai peserta luar. dan bayaran ditanggung sepenuhnya oleh En khairi.. waaaaa syok giler aq rasa time tu... huhuhu mana x nya, orang belanja. hahaha.. dah sampai sana, malam tu aq pergi night walk.. best sangat! ada bunnyi anjing..masa rentas bukit. pas rentas bukit tu, kami sampai la di pantai merdeka.. hahaha aq dengan Lim, siap main buaian lagi, sebab kat pantai tu ada taman permainan. main buai, main jongkang - jongkit. ambik angin pantai. tapi xleh snap gmbr la malam tu, sebab xtau plak nak gi ke pantai.. so aq xbawa kamera.

esoknya plak, ada aktiviti abselling dengan orientaring di waktu pagi. best giler jugak. aduhhh ni gmbr aq






time nak turun abseling ni lah, aq dengar ada suara lelaki yang memuji aq.. hahaha dia cakap 'ramping jugak ida ni... ni kalau kerengga tengok pun menangis ni' hahahahaha lagi dia ckp kat budak sebelah dia kot.. selalu gi kelas pakai baju besar2 so mana nampk.. hehehehe segan jugak dia cakap aq ramping. orang yang cakap tu xlain xbukan En Khairi lah.. huhuhu.. dah selamat turun bawah tu, diorang belajar cara ikat tali,.. ada lah simpulan2 tu, salah satunya simpulan untuk selamatkan mangsa yang lemas, lepas kawan aq belajar, aq bagitau Lim, kawan aq tu, aq ckp, cuba test kat aq, (sambil peluk aq la) Lim buat2 xjadi, sekali En Khairi datang, dia cakap, boleh x sy tunjuk kat awk ida? aq pun slumber badak jer tengok apa yang dia buat tu... hehehe first time kot lecturer buat gitu kat aq.. bahagia sekejap.. kawan2 yang lain tgk2 jer kat aq.. hehehe

dah tu petang nya kami main kayak.. pergh!!! kayak kat laut beb!!! memang best giler walaupun muka aq dah hitam... sebelom kayak, kami ada water confidence. ermm aq xleh buat, sbb life jaket aq tu asyik nak terbalik sebelah jer, aq pun xtau kenapa. mula2 aq berpaut pada Dilah, pas tu dia bawa aq kat tempat En Khairi, mula2 dia nak ajar aq, pas tu aq xleh buat, dah makin cuak, aq berpaut kat life jaket dia, tapi dia xbagi sebab nanti tenggelam dengan dia2 sekali la..hahaha dah tu apa lagi, aq berpaut la kat dia, aq dah tertendang dia kot aq rasa...hehehe walaupun aq dah try berani nak wat, tapi aq xleh... huhuhu dah nak habis water confident tu, aq berpaut kat dilah balik.. dia yang renang ke tepi bawa aq... hahaha pas tu baru main kayak... best ar... tapi lenguh sikit sbb nak lawan ombak tu... pergh! kalau terbalik aq kat situ memang naya, dah la water confident xleh... ermmmm...

habis kayak, malam tu ada malam kebudayaan, aq xamik gambar plak... tapi best gak sebab budak2 ni wat lakonan, ada wat tarian, ada wat nyanyian, best dansyok gelak ketawa kat sana. malam tu, bila dah habis persembahan dan makan2 tu, aq dengan Lim lepak kat tengah2 tu, En Khairi tengah tido kat situ, Lim plak pergi nak borak2 dengan dia. ermmm aq join sekaki la.. lepak la dengan diorang malam tu, kejap jer... pas tu aq tido ar...

esok nya terus majlis penutup, tapi ada beberapa gambar yang boleh dikongsi kan.. hhehehehe














dan aq xtau kenapa aq xleh rotate semua gambar2 ni... aduiyai.... ish!!!!

Friday, 27 April 2012

kerja bertimbun

aduh.. entah apa yg aq dah buat kat epol. aq pun xtau kenapa semenjak dua menjak ni aq selalu tinggi suara dengan epol, selalu maki maki dia, sedang kan dia cakap elok dengan aq. aq xtau kenapa.. aq penat sangat sekarang ni. motivasi kerja aq xtinggi sangat sekarang. aq penat sebab pergi kelas, balik terus masuk kerja, bila masuk kerja, aq xde mood nak buat assigment sbb kat lab kot, aq xrasa suasana belajar tu. dah tu balik2, kalau makan dengan nana aq kena rush, balik salin baju terus pergi makan, dah makan balik mandi2 semua, malam buka laptop ngada facebook lagi. nak sampai ke tahap buat assigment tu, berejam jam dok ngadap facebook. pas tu bila dah kul 12 mula la mata ngantok, time tu la baru teringat assigment. buka assigment, buat separuh jalan, ngantuk tido!.. ermmm sbb tu assigment aq xsiap2.. pas tu si sepul plak, kul 4pagi baru la nak menelefon, aq penat seharian, daripada pagi aq bangun sampai la aq ngadap laptop utk facebook malam tu baru berenti rehat atas kerusi. penat kaki berjalan ke sana kesini, kerja lagi rasa macam nak tido, tp kang orang datang tgk tgh tido, apa plak orang fikir. ermmmm

kalau dia xcall aq kul 4pagi tu, dia call aq pukul 8pagi, aq tengah lena lagi, sbb kul 9pagi aq baru nak bangun utk teruskan rutin harian aq sampai ptg yg sangat memenatkan... pas tu nak aq borak la pagi tu? ko memang silap la..

aq xtau la... aq penat sebab kerja aq ni memang la xpenat sbb tukang print je, masalah nya mata aq penat sbb ngadap skrin PC tu. kekadang tgk PC kejap jer mata dah berair.. penat tau, mudah aq ngantuk. lagi satu, kekadang rasa xberbaloi, sebab paling banyak pun 2bulan aq kerja ni baru dapat RM 150. rasa xberbaloi sbb dah 2bulan. tapi aq terpaksa kerja ni, kurang2 aq ada jugak back up utk aq wat belanja makan.

nak tau kenapa aq boros awal nya dulu? ermmm sbb aq bajet yang sepul akan bayar duit aq sem ni.. jadi aq xkan putus dengan duit. sekarang ni, habuk pun xde. so aq terpaksa la limit kan belanja dengan duit yang ada. dan dengan keadaan macam ni, aq dah xamik kisah dah apa yang sepul buat. dia kerja ke x ker, aq xamik tau pun. biar lah. dan bila aq fikir sedalam2 nya, mampu ke dia nak jadi suami aq? mampu ker? mekap aq jer dah dekat RM100, belom masuk makan lagi, barang ngada2 lagi, baju semua.. macam mana? hutang aq pun xterbayar, lagi kan pulak nak tanggung belanja aq. nampak macam dia xde masa depan. aq xtau lah....

sekarang ni, aq sabarkan jugak penat ni.. dah tertekan macam ni sebab kau, memang kat kau la aq lepas kan, sebab tu aq selalu marahkan ko. aq xnak fikir hal masalah ni, lagi pun sepanjang aq xtopup, ko xde kredit, aq rasa selesa sebab aq xperlu pikir nak layan kerenah ko. aq balik kerja, makan, balik mandi, ngadap laptop, pas tu tido. memang kadang2 bosan sebab xborak dengan sapa2 pun. tapi lagi bagus macam tu kalau hanya menghabis kan duit jer... sem ni berapa ratus duit aq hbs utk topup sahaja. niat awalnya aq nak kumpul kad topup tu, nak tgk berapa ribu aq hbs utk tanggung kos gayut malam2 utk jantan. tp xterbuat sbb aq tau amount tu xtepat sbb aq ada gak topup pakai reload. ermmm

aq xpernah hbs kan duit utk jantan, biasanya jantan yang habis kan duit untuk aq, dan sekarang ni tuhan balas balik kat aq... aq dah papa dah... so, xyah la aq pikir nak berbelanja lebih2 mcm dulu... hmmm

Tuesday, 27 March 2012

aq

makin hari aq dah makin xnampak apa yang akan jadi dengan aq dan sel pul. hari ni dah 1 hari dia tutup fon. dan aq pernah cakap dengan dia yang aq xsuka hubungan cinta dengan orang yang xde di depan mata. semalam last aq contact dgn dia dalam kul 3.30 ptg. lepas pada tu, aq cakap aq kerja dan dia kata nak call aq. aq tunggu dia call kot. lepas habis kerja, bateri fon habis, aq bawa balik fon tu dan caj. kalau ikut kan hati aq malas bawa fon digi tu, tp sbb sel pul kata nak call, aq bawa jugak. sepanjang aq makan dia xcall. dah sampai bilik, sepanjang malam... pun dia xcall. rupanya aq mesej, xdelivered. dia off fon mungkin. aq tunggu dia sampai kul 3pagi kot.. rupanya sia2 jer.

hari ni aq pergi kelas... dan masih lagi bawa fon digi tu. cukup kul 3.30 nanti cukup lah 24jam dia xamik tau hal aq, xcall dan xterima mesej aq... tapi aq kuatkan semangat... aq call nombor abah dia. abah dia macam xkenal aq, dan macam lupa sapa aq. aq masih xkisah. dan yang membengang kan aq, bila suara perempuan yang bercakap dengan aq. mulanya bercakap elok dengan aq, dan aq bagitau yang aq xdapat contact sel pul. dan dia kata mungkin selpul tutup fon. pas tu, dia cakap bahasa kedah pekat giler, aq dah xfaham apa yang dia cakap. yang aq pasti, dan aq sangat faham ialah saat dan ketika talian tu nak diputuskan...
     ' bodo lah betina ni'  ---> tup! handfon dimatikan..
aq dah mula terfikir.. apa yang dah jadi? aq salah cakap ker? kenapa aq kena macam ni??

dengan cara dia tutup handfon ni, jauhkan diri dari aq, apa yang aq nak jangkakan??? ermmm mungkin dia xperlukan aq. lagi pun mak dia tu mcm xsuka aq.. entah apa yang sel pul dah cerita kat abah dia, sampai kan abah dia mcm xnak cakap dengan aq. aq xtau lah apa yang sedang jadi ni... aq xtau....

mungkin patut aq biarkan dia buat pilihan hidup dia sendiri. lagi pun aq ni banyak mengongkong dia jer. banyak bg bebanan pada dia. banyak buat dia sedey dengan perangai aq...  keluarga dia pun macam xsukakan aq... jadi??? aq kena terima semua ni....

Saturday, 17 March 2012

aku putus asa

entah la.. aq dah putus asa dengan sel pul.. dulu aq terima selpul sbb aq nampak dia macam mampu berubah utk aq. tapi makin lama aq nampak mcm makin xde harapan. aq xnampak pun yang dia bersungguh2. aq xtau nak cakap mcm mana lah.. dulu aq rasa aq mampu ubah dia seperti mana aq bersama hafiz dulu, dari dia cuma pakai motor je, sampai lah boleh ada kereta. nampak perubahan dia utk kepuasan diri dia. dan sekarang ni aq percaya yang sel pul juga mampu lakukan benda yang sama, aq nak dia jugak mengalami perubahan yang sama. yang lebih baik utk hidup dia sendiri kalau bukan untuk aq. tapi sekarang... dah hampir setahun...

dah hampir setahun aq bersama sel pul, tapi keadaan dia mcm tu la jugak. masih terumbang ambing mencari pekerjaan.. aq dah banyak kali pesan pada dia jangan selalu tukar2 kerja. tunggu stabil dulu, pastu baru cari masa yang betul untuk tukar kerja yang lebih baik. dan sekarang masih macam tu.. berlagak! nak cari kerja yang terus gaji mahal... sekarang  ko 1sen pun xde.. mungkin ke aq terlalu banyak tolong dia? sampai kan dia jadi naik lemak dan rasa mcm diri dia tu selamat sbb ada orang sentiasa tolong dia.. mcm tu ker?? kaddang2 aq rasa dia tu xmalu ke dengan aq? aq ni cuma bergantung pada ptptn, duit aq ni cuma untuk tanggung aq belanja time belajar ni, walaupun aq boros, tapi aq still xmintak duit dengan dia.. ko berlagak! cakap time praktikal nak tolong aq, keluarkan motor la apa semua tu, tolong lah! sikit pun aq xpercaya pada kau...

serius beb! aq memang rasa macam kau xtau malu mintak duit dengan aq. aq yang belajar ni pun kerja semata2 nak tanggung hidup time praktikal nanti, tapi kau???? dengar aq dah nak gaji, lagi tinggi kau mintak aq? aq xtau lah! adakah ni hukuman aq utk perbuatan yang aq dah buat dulu? aq selalu kikis duit hafiz, tiap kali jmpa dia, aq mintak duit, keluar dengan dia pun xpernah 10sen pun kuarkan duit aq, kadang2 aq xpayah bawa beg duit pun xpe, tapi kali ni...tiap kali keluar, duit aq yang habis. aq nak kau berubah! tapi kau yang xnak ubah diri kau sendiri.

memang betul aq sayang kan kau, memang layanan kau terhadap aq terbaik, tapi hidup tanpa duit, aq xrela! boleh kenyang ke dgn cinta kau jer? kalau duit asyik mintak kat aq je, makin lama aq makin menyampah! kau senang, bila xkena kau nak mintak putus! nak aje aq ya kan apa yang kau nak tu! aq nak tengok jugak kau mampu ke nak berdikari tanpa aq....mampu ke kau nak bergantung harap dengan kawan2 yang xpernah nak amik tau hal kau... kalau aq ni anak perdana menteri, aq xkisah nak bg berapa pun yang kau mintak... tapi aq ni.... pelajar yang bodoh yang ikut kan semua kehendak kau.

tiap kali mintak tolong aq, kau gunakan ayat2 kesian kau, dan aq??? kau xpernah nak pikir kan?? kalau aq boros kau marah2 aq seumpama kau amik berat pasal aq, sedang kan apa yang aq nampak kau xnak aq habis kan duit aq utk barang yang aq nak sebab nanti kau xde duit kau xleh minta aq lg... kan??? kau risau kalau duit aq habis kan??/

memang aq cukup2 benci dengan perangai kau ni... aq benci yang teramat sangat sbb kau xde perasaan malu langsung mintak duit dekat seorang pelajar yang xde pendapatan apa2 melainkan ptptn je ni...  aq cuma anggap ni balasan terhadap aq sbb aq kikis duit hafiz dulu. mungkin tuhan nak tarik segala nikmat yang aq ada...mungkin tuhan nak tarik balik apa yang aq dah dapat dengan hafiz dulu...tuhan nak aq rasa apa yang hafiz pernah rasa dengan aq dulu.... itu je yang ada dalam otak aq sekarang ni....itu jer....

Wednesday, 7 March 2012

suram

ermmm... dah 2hari.. percintaan kami makin suram dan tidak berseri... aq xtau kenapa.. untuk menyedapkan hati aq, aq selalu fikir yang dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dia. dan sibuk dengan ot dia. apa yang aq katakan suram ni adalah bila dah 2hari kami xde masa untuk berborak macam dulu. serius aq terasa hati. kenapa jadi macam ni? tadi kantoi dengan aq dia tengah on9. hmm kalau aq xtegur dia dalam fb, pasti dia xperasan aq tengah on9.

kalau dulu, waktu rehat dia digunakan untuk mengadu setiap cerita yang berlaku kepada dia, bende macam tu xberlaku lagi untuk hari ni dan semalam. semalam, dia cuma cakap apa je, dan mungkin dengan nada yang mengantuk dan penat menghalang aq untuk bertanya lebih lanjut. aq biarkan dia tido. dan malam ni, bukan kata malam ni.. HARI ni, 1 misscall pun aq xdapat dari dia. tika dia bekerja, adakah dia masih mengharapkan aq topup dan call dia tiap2 malam???

petang semalam ada sedikit salah faham... dia cakap dia kat salloon.. dia ada masa untuk semua tu, dan kalau aq x misscall dia, mungkin dia xkan bagi tau pada aq sepatah pun pasal salloon tu. biasalah, dah mula ada duit... dulu, kata nak bank in utk aq tiap2 bulan 100, tapi dah beberapa hari janji utk bank in, dan masih seperti itu. dia janji kan 200 bulan ni. dan kalau dah mula ke sallon tu, pas ni baju dan seluar lah pulak. dan aq xrasa dia akan kotakan janji dia tu.. aq xlahap pun duit dia sebenarnya... aq cuma nak minta duit hutang aq jer.. sebab aq kena pergi trip utk bulan 3 ni.. utk projek aq. itu jer. pas dah hbs utang aq, kalau dia xnk bg duit pun xpe. aq xkisah. sbb itu gaji dia. hasil kerja dia dan itu duit dia. itu jer..

malam ni hasil daripada kesepian dari side dia... aq cuba wat assigment.. dan xsampai separuh pun aq boleh wat. susah giler soalan dan aq dah mula mengantuk. sekarang dah kul 2.30 pagi, aq xrasa dia akan call aq malam ni.. so, better aq tido je la...

dan aq???? aq akan cuba bersiap sedia utk menempuh hari harian aq sendiri sebegini, tanpa sinar cahaya cinta dia. aq akan hadapi semua ni sorang2 utk kerja dia... utk kesibukan dia. dan aq pasti aq akan tabah menempuh segala dugaan ni...

ermmm punya lah aq pulun nak wat assigment tu...

ermmm sampai xcukup meja tu ha...hahaha tapi tetap xsiap jugak... so, xpelah.. aq pun xde mood malam ni.. berbekalkan kesepian malam ni, aq nak tido awal sikit... mungkin esok akan sama dengan malam ni, dan mungkin malam lusa, tulat dan seterusnya akan jadi sebegini selamanya....

kalau nak ikut kan kata hati yang jahat ni, mungkin jugak dia ada skandal kat sana.. yang lagi dekat dengan dia.. senang nak dating kan? ermmm aq faham... bila dah berjauhan sebegini. kenapa? yerla... 2 3 hari sebelom ni pun, bila gayut jer, mesti bunyi mesej masuk ke handfon dia tika waktu lewat2 mlm (dalam kul 11, 12,) kalau mesej xmasuk, pastinya call akan masuk.. dan aq lah yang terpaksa menunggu. aq xtau sapa.. tapi hati jahat aq berkata sedemikian... dan aq sentiasa terima apa je yang dia nak wat kat aq. kalau dia ada skandal pun, aq xmarah. mungkin aq yang kena faham keadaan dia yang jauh dgn aq menyebabkan dia ada skandal... mungkin.....

aq xnak fikir lanjut hal ni... mungkin patut aq tido jer... dia pun xfikir pasal aq, kenapa aq nak kena nangis utk dia???? so, selamat malam... rama-rama....  =(

Monday, 27 February 2012

kawan aq...

entah la weh... aq xtau sama ada aq patut cakap ke x kat dalam blog ni.. tapi aq tau, dia xtau pun blog aq yang ni... sebab blog ni spesial... xde orang yang tau melainkan aq dengan my Mr. Comel..huhuhu

malam tadi aq gaduh dengan Mr. Comel tu.. dan alasan aq gaduh sbb aq stress dengan kawan aq.. ya Allah.. pertama kali tu aq gaduh semasa dia dok Penang, dia off handfon sbb aq. huh! sakit.. malam tadi aq rasa sakit kepala sangat. aq dapat berita yang kurang menyenang kan dari seseorang. adoiyai.. aq bukan nak cakap yang aq gaduh dengan kawan aq, tapi aq cuma xsenang hati dengan sikap dia. rupanya di belakang aq, dasyat sangat. maruah aq dipermain main kan. HELLO... kau tu kawan aq. kawan baek aq yang sentiasa berkepit kesana kesini bersama2.. tapi ko layan aq macam ni.... aq ngaku, memang kadang2 aq pun ada gak ngungkit hal ko minta tolong kat aq depan kawan aq. tapi bende tu setakat situ je. xde nya nampak yang kau terlalu buruk utk di buat kawan.. tapi sekarang ni.. aq dapat tau, kau mengungkit setiap apa yang aq mintak tolong kau.. kalau kau xnak tolong aq, serius cakap je. kau xboleh tolong. dan aq rasa kau dah cukup mahir utk mencari apa2 alasan sekali pun bg menampakkan kau xbersalah kalau xnak tolong aq. tiap2 malam kau mintak tolong aq utk print note utk kau, walau aq tau yang ko dah ada printer.. tapi aq xde pun nak masam muka ker, nak cerita kau buruk2 kat kwn2 aq.. lagi pun kawan2 aq xkenal pun ko sapa. memang ada la sikit.. aq cerita kat diorg bila lewat mlm baru ko mesej aq utk note kau, yang tu memang aq bengang. aq lah yang tukang print. pas tu, aq cuma mintak tolong BALAK ko utk BALAK aq kot... bukan aq mintak tolong ko straight. dan aq rasa aq x dapat pun pertolongan dari ko... kalau ko xnk tolong aq, xpayah la ko nak kutuk2 kitorang. kalau nyusahkan ko tu cakap je la. aq xkisah pun.

dan yang paling aq xsuka bila aq dapat tahu setiap apa yang aq cakap kat ko, semuanya ko cerita kat orang. dan aq xtau apa motif ko nak cerita semua tu pada kawan2 ko, pada balak ko. kenapa??????????? apa salah aq kat ko? kalau ko gaduh dengan balak ko, aq ni macam hamba ko la nak kena back up ko depan pakwe ko tu, konon nya nk bagi baik hubungan korang. aq xngungkit pun utk ko. aq xde pun nak mengutuk2 ko... even pakwe aq dah marah aq masuk campur hal ko pun, aq still lagi back up ko... even aq tau yang ko main kayu 3, aq still lagi back up ko. apa lagi aq xbuat utk ko? seyes beb! aq betul2 touching dengan ko. apa salah aq pada ko? dan sekarang bila aq tunjuk yang aq xde mood dan cuma masam muka depan ko, aq tipu lagi ko, konon nak jaga ati ko lagi, aq cakap aq gaduh dengan pakwe aq..(ada betul jugak) walau itu bukan sebab utama, dan sebenarnya, aq rasa macam nak sembur ko time tu jugak. tapi apa kan daya, semua bende kat sini, kita buat sesama, dan xkan la tiba2 semua tu akan hilang.. aq ni boleh survive... tapi ko????? ko boleh? aq datang kelas lewat, suruh ko masuk dulu pun ko malu... ni kan pulak nak hidup sorang2 tanpa kawan kat sini? pikir ar wey... yang ko memang perlukan aq kat sini.... so jaga lah hati orang sikit... kalau ko nak berkawn lama... cubalah utk menghargai sapa yang ko ada sekarang... jujur dan amanah dalam sesuatu hubungan tu...

pasal ko kutuk kawan2 blok ko... aq xamik kisah pun... aq xamik port pun. xde nya aq nak sebar ke apa.. kalau aq jahat, dah lama aq buruk kan ko balik, aq bgtaahu kawan ko tu pasal ko. baru dia tau dengan sapa dia kawan.. dan aq xkisah pun... kalau ko nak dendam dgn aq sekali pun, aq xkisah. tapi seyes beb memang aq xleh terima kelakuan ko tu.... tolong la, jaga tatatertib utk berkawan... tolong... kalau muka je cantik tapi kat dalam buruk, xde apa gak... itu ayat pakwe ko bagi kat aq....       terima ar...

Wednesday, 22 February 2012

gembira =)

hehehehe.. dah 2 hari senyap jer.. ini malam aq topup sebab dah rindu sangat dengan Mr. Comel aq tu... heeehhehehe my Mr. Comel tu dah turun berat badan ke 60kg... hehehe mesti bertambah comel la pakwe aq... yang aq gembira sangat.. sebab pakwe aq tu betul2 dah berubah... dia betul2 nak kerja kuat. cara dia nak cari duit tu dah mula nampak sungguh2..  sampai kan hari cuti pun dia nak kerja.. semua ni buat aq betul2 gembira dengan semangat dia.

tapi tadi, aq ada kalis bende dengan dia. sebenarnya aq nak cakap bende lain, tp aq xberani.. aq tau keinginan aq tu mungkin xdpt diterima oleh dia. so aq kalis la cakap pasal lesen.. nasib baik ada gak bende nak kalis. sebenarnya sayang, ayang nak cakap dengan b yang ayg teringin nak ambik Berokbeng... sebab sekarang ni, line wifi kat uum ni sangat la slow.. bila syg fikir, mungkin sebab sekarang ni student kat uum sgt la ramai.. dan mungkin bila terlalu ramai, line wifi jadi slow... kadang2 ayg fikir, nak cari bahan utk assigment nanti susah.. sebab wifi sangat lah lembab.... kadang2 dia punya tu dok loading kat situ je xgerak2... dan pukul 2 3 pagi baru lah line ok sikit.. mcm sekarang ni, dah kul 2 pagi baru boleh buka blog... dari tadi lg nak buka... tapi xboleh... ermmm memang tersangat la bengang..

sebab tu syg teringin nak amik berokbeng... lagi pun nanti ayg praktikal kat rumah nak guna internet macam mana... memang terpaksa amik sekarang la... nak buat report praktikal tu kena la ada bahan jugak.. so mcm mana????

maafkan ayg... ayg sebenarnya xtau mcm mana nak cakap dengan b... ayg xberani.. ayg takut b xsetuju... mungkin alasan ayg xkukuh... tp ayg teringin nak ambik jugak... cuma xtau mcm mn nk ckp... itu je.

maafkan ayg sebab kalis dengan b tadi....
maafkan ayg....
=(

Tuesday, 21 February 2012

perubahan kami....

ermmm entah apa yg aq nak komen ni sebenarnya... huhuhu 2 ke 3 hari ni dia ada perubahan sikit... semenjak keadaan aq yang tiada duit ni, aq rasa dia dah mula boleh berdikari agaknya. dia dah mula boleh bekerja tanpa aq memaksa dia. tanpa aq memperingati dia. tnpa aq perlu membebel pada dia.. dan mungkin itu salah satu yg boleh memankin dia utk bekerja keras...dan aq pula?????? ermmm aq ok je kalau kami x ckp fon lama2 sekali pun.. setakat call dan dia bgtau aq yang dia sedang kerja, it's ok 4 me. cukup utk buat aq rasa puas hati.

aq ni bila masuk semester ni , aq rasa macam aq ni dah mula xde perasaan... aq xtau kenapa aq perlu rasa mcm ni. aq bangun nk gi kelas mcm xde semangat mula2 yang biasa aq alami. tapi aq pergi ke kelas cuma sebab aq rasa itu sebagai tanggungjawab aq. dan aq kena penuhi tanggungjawab tu utk aq tamatkan pengajian aq disini yang bakal berakhir pada bulan 6 ini. dan aq rasa aq dah xsabar nak masuk ke alam pekerjaan. sebab aq dah mula fikir pasal kehidupan aq selepas aq habis belajar ni. aq mula fikir apa nak jadi selepas ni... dan yang paling penting utk aq fikir adalah pasal duit.

well... bukan sebab aq ni jenis materialistik, atau gila duit, tapi aq penting kan duit sebab aq xnak susah di hari depan.. aq kena betul2 bajet dari sekarang macam mana nak hidup selepas ni, dan apa aq nak krja, dan yang paling penting, mcm mn aq nak bayar duit ptptn bila dah  habis belajar nanti...  aq risau takut aq xdapat kerja. dah la pointer aq ni ciput jer.. xsehebat orang lain.. ni nak kena compete dengan budak2 yang bukan course banking lagi... aduhhhh pening2... macam mana aq nak dapat kan kerja dalam masa yang singkat ni ha.

sebenarnya, ma ada harapan utk anak2 dia, ma dah cakap dengan aq, yang dia nak aq siapkan bahagian rumah yang masih xsiap tu sebelom aq kawin... (yela.. kalau xsiap mcm mana nak wat kenduri) ye dok? ermmm pas tu, ma nak aq ada kereta sebijik dulu sebelom aq kawen jugak... ini memudahkan aq, sebab itu memang harta aq, dan bukan harta sepencarian... dan sepul pulak mintak aq kumpul kan duit utk dia, sbg share utk buat hantaran nanti. aduhhh itu la.. aq pening... dan niat aq pulak, aq nak tolong adik aq yang sekarang ni baru darjah 6 tu... itu adik kesayangan aq... Yati.. aq xtau knp, dlam ramai2 tu, aq sayang kan yati lebih. dia pandai sejukkan ati aq.. tambah pulak mak cakap yang yati sebiji mcm aq waktu aq kecik2 dulu... perangai kami sama. sebab tu aq simpan angan2 nak tolong dia nanti..

angan2 nya banyak.. tapi kerja belom tentu... aduh... pening2...
dan kereta impian aq...

aq xtau la kereta ni mahal ke x....tp aq akan cub dpt kn jugak.. huhuhu

Saturday, 18 February 2012

kad dari angah

ermm.. tadi sebenarnya aq excited nak wat entry pasal citer aq balik kampung dengan epol, naik kereta. ada la beberapa keping gambar. punya excited, aq cari jugak USB tu, sbb nak upload gambar. tapi sekarang ni, aq dah xde mood tu. aq xfaham dengan si epol ni. apa yang dia nak sebenarnya. kenapa dia nak buat loan? untuk apa? buat apa? aq xtau. lagi pun dia cuma bagitau aku sikit je pasal tu.. so, mungkin dia xberani nak bg tau aq, atau dia rasa aq xlayak tau. aq heran betul. dia xcukup duit, aq bagi. aq utamakan dia. even aq tau, kalau aq bagi dia, mungkin aq yang xcukup makan. tapi aq bagi jugak. dan sekarang duit pun ada RM15 je lagi. nak tunggu PTPTN masuk memang lambat lagi la. dan aq xtau aku boleh tahan ke x. sekarang ni apa yang aq pikir, mungkin duit RM 50 yang aq bagi malam tadi, dah habis. dah xcukup duit sangat. dan aq xtau dia nak wat bayar apa sampai terdesak sangat nak wat loan. aq xtau....

dia memang xfikir masa depan kami berdua kalau dia buat loan. dan kalau dia buat loan, aq xtau lah, yang aq nampak aq lah yang akan jadi penjamin. dan bila aq kerja???? aq dok bayar hutang kau je lah????????hutang belajar aq ni PTPTN ni sapa nak bayar? mungkin dia cuba nak lingkup kan aq agaknya. gelapkan masa depan aq. KEPUTUSAN AQ : BILA kau buat LOAN, maksudnya kau cuba nak batalkan perkahwinan aq dengan kau. aq dah bagitau awal2 dulu, yang aq xnak hidup dalam hutang. aq dah cukup banyak hutang. lagi nak suruh kau berhutang? so memang selamat tinggal ar... aq xkan jerat diri aq sendiri. nak mampos? aq xrela. kau pikir la sendiri sebab kau kan dah besar. xperlukan aq pun sebenarnya. semua kau boleh buat sendiri. lagi pun masa aq tunjuk yang aq marah kat kau, kau bukan nya nak pujuk aq atau apa. tapi kau diam.. malah kau boleh mesej dengan orang lain. dan itu bermaksud kau memang xrasa bersalah pape pada aq. ok lah... aq xkan campur pun urusan kau. tapi ingatan aq, perkahwinan tu terbatal saat kau cuba nak jerut aq dengan segala hutang2 tu semua.

dan sekarang aq nak citer pasal tajuk tu.. sebenarnya, kad yang angah bagi tu dah lama. itu lah kad yang pertama dan terakhir yang dia bagi pada aq. dan sebenarnya, aq dah buang kad tu tadi. bukan apa, banyak sgt barang aq, jadi, barang ngada2 ni semua aq buang. malas nak simpan. walaubagaimanapun, aq still nak post dalam ni pasal kad tu. aq ada snap gambar sikit macam mana rupa gambar tu... uhuhuhu

 to --> ida
wak, nanti jangan lupa
saya kat sini
semoga berjaya

 ni bentuk kad tu

 ni dari depan

yang ni termasuk sampul dia...
huhuhu

ermmmm tiba2 rindukan angah... well.... k lah... mood aq xbaik ni... bye...

Sunday, 12 February 2012

bila dia mengenali mama

aq xfaham.. kenapa dengan aq.. apa yang xkena.. pada mulanya timbul rasa bangga bila dia berani berjumpa dengan ma aq, berani untuk bersembang lama2 dengan dia. aq rasa bangga.. tapi bila dah bercakap dengan mak lagi lama dari cakap dengan aq, memang aq rasa dah lain macam la kan. ermm mulanya aq xnak pikir pape. tapi makin lama, bercakap sampai habis bateri, dan bila aq caj fon, dia cakap dengan aq, dia pertikai kan kenapa aq caj handfon. dia xsedar yang dia dah cakap lama2 dengan ma tu, boleh pulak dia persoalkan kenapa aq caj fon? memang aq dah xpuas hati la kan...

dan semalam, bila dia luahkan yang dia cuba nak merasa kasih sayang mak, dan aq berikan peluang itu pada dia, dia nak bercakap selama mana aq pun aq xkisah...dan aq boleh la main game lama2, dan aq boleh la ngadap laptop je keje aq. ahhahaha... tapi bila dia bercakap dengan aq, dia persoalkan kenapa aq xnak cakap dengan dia, ah!!!!!!!!!! kenapa dia persoalkan macam tu pada aq? apa yang xkena? semua pada aq xkena? macam tu? dan aq xtau apa yang dia ngadu kat ma, sampai kan ma pulak bebel kat aq, nasihat kat aq, suruh layan dia baik2... hello!!!!!!!!!!!! kalau kau call dah berejam jam kau asyik cakap dengan mak, macam mana kau nak ada masa nak cakap dengan aq?

lantak lah, sebenarnya aq xnak amik port pun... sebab perempuan tu adalah mak aq... malas aq nak pikir...

chow!

Sunday, 5 February 2012

apa lagi yang bakal berlaku?

dah lama aq xmenulis dalam blog kisah cinta kami.. bahagia??? derita????? gaduh??? ketawa????? ya.. semuanya ada. aq gembira saat aq bersama dia. bila dekat, semuanya terasa seperti di awangan.. walaupun gaduh dengan dia, tapi bila berdekatan semuanya kelihatan jujur. xde masalah, xde ego yang dipuja. tapi bila berjauhan.. susah sekali untuk aq rasa gembira. dia sebenarnya xde masalah pape. xde masalah pun. segalanya baik dengan dia. tapi cuma 1 je kelemahan dia yang aq xsuka. dia xkomitmen dengan keje dia. Dia xpentingkan keje dia. dan sekarang dia mula menuduh aq dah berubah.

macam mana aq xberubah? aq fikir aq serius dengan dia sebab tu aq berubah. aq nak dia pun serius dengan hubungan ni. aq mula fikirkan masa depan kami. aq nak dia rajin bekerja. supaya nanti bila bersama, kami xkebulur, cukp makan dengan apa yang dia ada. memang! kalau aq nak ikutkan perangai ego, aq xkan pilih lelaki yang menyusahkan aq, TAPI x.. aq masih bersama dia. aq sanggup berjanji susah senang kita sama2.. aq ketepikan ego aq, dengan harapan dia akan berubah. dengan harapan dia akan mula fikirkan masa depan kami bersama. tapi apa yang aq dapat? 5x dia berjanji dengan aq yang dia akan berubah. tapi sampai sekarang dia masih sama. dia tetap dengan perangai dia. ya! mungkin dia boleh cakap dia xpergi kerja kerana aq.. habis kalau macam tu dia, xpernah pikir nak suap mulut aq nanti macam mana? kalau kami gaduh, dia xgi kerja, dan kami xmakan, semua tu sebab aq ar? kalau macam tu baik aq yang kerja. aq yang tanggung segalanya/.. macam tu ke yang dia nak?

aq cuma berharap yang dia mampu berubah... memang betul, kami saling menyayangi, tapi pikir ar jugak untuk masa depan..aq pikir semua ni untuk dia jugak.. malam tadi kata nak naik penang. tiba2 dah postpone pulak ke malam ni.. aq dah nampak dah kat situ, dia langsung xde usaha nak maju. dia xde perasaan nak berubah. dia ingat semua orang boleh tunggu dia. mula2 cakap yang hospital tu suruh lapor isnin, pas tu tadi malam cakap yang dia lapor diri hari selasa. dia dah mula nak kencing aq ke apa? aq dah penat dengar alasan dia. semua tu sama je. aq nampak dia cuma main2... dan xnak berubah... memang aq cuma nampak yang aq akan sara hidup dia nanti.. itu lah yang bakal terjadi dengan sifat dan perangai yang dia ada sekarang.

aq betul2 minta maaf... aq bukan nak hina kau, tapi kau dah keterlaluan aq rasa. dah melampau... kau xpernah fikirkan aq.. dulu kau selalu cakap, kau kerja untuk aq, untuk kita... tapi sekarang? apa ada? aq dah penat tegur pasal kerja kau. kau dah besar, pandai2 lah kau nak cari makan. sampai bila aq nak tolong pikir pasal kau?kalau aq tolong pikir pun, kau xpernah nak ikut apa yang aq mintak. apa yang aq cakap. pada kau, kau dah besar. dan kau boleh fikir sendiri kan? ok lah kalau macam tu....

aq hormat keputusan kau...

Saturday, 14 January 2012

hari perasan datang lagi...

hari ni aq baru habis last paper... huhuhuu paper bank islam management.. huhuuhu susah giler paper tu... dan aq sangat2 menyesal sbb x ikut tips yang mira bagi tu.. huhuhu aq cuma baca jer apa yg dia bagi tu, aq xhafal pun... so, konklusi nya, aq xingat la apa yg aq baca tu.. bagus kan? (xpasal2 kena tocer dengan epol) adesss malas aq nak ckap pasal paper tu, yang penting aq dah merdeka... (MERDEKA) hahaha.... balik dari beli nasi tadi... aq nak buka baju.. maklumlah basah, kena hujan.. yang menyambut pengakhiran paper aq, menyambut kemerdekaan aq.. hehehe.. tengah buka baju tu, tiba2 terpandang cermin.. hehehe cantik jugak aq pakai mcm ni... (kalau aq ni xbertudung la..) antara gambar2 nya adalah... hehehe



hehehe itu lah/... merah menyerlah... dah tetiba aq rasa mcm cantik sebab tu lah aq perasan.. huhuuhu biar lah korang nak ckp aq xcantik ker.. tp yang penting aq rasa dah cukup  cantik.. huhuhuhu

sebenarnya, aq tengah minat dengan ella sekarang ni.. huhuhu aq xtau kenapa, aq nak jadi mcm ella lah pulak.. tapi dia cantik, xbertudung, aq ni boleh ker?nk ikut cara dia berpakaian? mcm xboleh jer... huhuuhu antara yang aq sempat google tadi, :


cantik la dia... huhuhu aq suka.. nak tiru gaya dia.. tapi aq tau xkan menjadi.. aish!
ok lah... malas dah nak menaip/..... bye b...

Monday, 9 January 2012

dia dah kuruuuuuuuuuuuuuuuuusssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahahaha dah lama xwat entry kat blog.. maklum lah sibuk kan.. nak exam. itu yang jadi gini. dah tu.. time2 exam ni lah banyak dugaan dan cabaran buat insan yang berpangkat suami kepada Siti Norsaidah binti Mohd Azimi.. yer lah, aq ni bab2 exam, bab2 kerja, bab2 meeting memang aq amik port.. aq pentingkan bende2 ni dulu baru cinta..hahaha aq seorang kekasih yang teruk. tapi xper.. gua punya suami seorang yang bertolak ansur.. lu ada? xde kan..hahaha

dah dapat suami macam ni, memang aq rasa sangat berharga.. ari tu sebelom exam, kami ada conflict pasal budak2 ni dok cakap2 pasal aq kat belakang, confiuse pasal aq dah kawen atau pun x..hehehe sebenarnya x. tapi dia dah dianggap sebagai suami aq pun. sebab dia kena jaga aq dari sekarang sampai la aq mati.. itu tanggungjawab mu suamiku.. hahaha ermmm disebab kan ada gossip2 mcm tu, so kami kena kurang kan jumpa utk legakan keadaan.. (kena amik kisah kata org sbb kita idup dalam komuniti) huhuhu..akhirnya.. sempurna 1 bulan kami xjumpa. dia pun dah xdok perlis lagi dah. dah pindah jitra balik.. yer lah.. nak berdikari kan.. aq pun nak ajar dia supaya berdikari, tau bersesuaian bila idup susah... idop ni xsentiasa senang bhai... lu kena igt pesanan gua tu...

sepanjang dia di jitra, lama jugak kena makan tocer aq sebab lambat dapat kerja. walaupun aq tau, bukan salah dia.. semua tu rezeki dari tuhan.. kalau Allah nak bg tu, dia akan dapat jugak. huhuhu  akhirnya, memang betul dia dapat, without expectation, without formal interview, dia boleh dapat kerja tu, memang jadi gaduh gak sbb aq xcaya yang dia dah dapat kerja.. (dapat kerja salah, xdapat pun salah) hahaha

seminggu dia kerja, akhir nya kami mampu jumpa.. yessss!!!!!!!!!!!!!!! walaupun esok nya aq ada exam, tapi ku tabahkan hatiku untuk jumpa dia..sbb dah plan, utk jumpa sampai tengah hari jer.. so dia datang pagi tu.. kami pergi mall, makan kat misc, pas tu main batu seremban kat bus stop... cuba bayang kan.. hahhahahah bodoh kan.. dia datang jauh2 supaya boleh teman aq main batu seremban jer... anyway, bende tu kenangan pada aq.. apa tak nya.. orang sibuk dok tunggu bus nak gi exam, tapi aq melepak kat bus stop utk main batu seremban... xker giler tuh? semua orang pandang...hahaha (ada aq kisah????????)

dan yang penting!!!!!!!!!!!!!! seperti tajuk aq tu.. dia dah kurusssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!! huuhuhu.. kadang2 rasa bersalah, sebab aq selalu dok kata dia gemuk, buncit, gendut.. that's why ke dia kurus?????? aq xtau.... tapi yang penting makin hensem.. aq sukaaaa.... love u sayang... kadang2 xde rasa bersalah, datang pulak rasa bangga sebab dia kurus SEBAB AKUUUUUUUUUUU...  aq ada pakwe yang boleh wat apa saja utk aq... enkau ada???????????? xde ...hahahahahaha bangga siot aq...

ni gambar yang aq sempat amik ari tu...hahahaha...

 ni tiba2 jer datang pakai spek...
huh! tiba2


comel jer pakwe aq ni...
muka kecik jer...

wey! ni pakwe aq memang ler aq puji... aish! mcm korang jugak.. masa bercinta ni la yang nk puji melambung2.. 

ok wa nk sambung study... chow!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...