Monday, 27 February 2012

kawan aq...

entah la weh... aq xtau sama ada aq patut cakap ke x kat dalam blog ni.. tapi aq tau, dia xtau pun blog aq yang ni... sebab blog ni spesial... xde orang yang tau melainkan aq dengan my Mr. Comel..huhuhu

malam tadi aq gaduh dengan Mr. Comel tu.. dan alasan aq gaduh sbb aq stress dengan kawan aq.. ya Allah.. pertama kali tu aq gaduh semasa dia dok Penang, dia off handfon sbb aq. huh! sakit.. malam tadi aq rasa sakit kepala sangat. aq dapat berita yang kurang menyenang kan dari seseorang. adoiyai.. aq bukan nak cakap yang aq gaduh dengan kawan aq, tapi aq cuma xsenang hati dengan sikap dia. rupanya di belakang aq, dasyat sangat. maruah aq dipermain main kan. HELLO... kau tu kawan aq. kawan baek aq yang sentiasa berkepit kesana kesini bersama2.. tapi ko layan aq macam ni.... aq ngaku, memang kadang2 aq pun ada gak ngungkit hal ko minta tolong kat aq depan kawan aq. tapi bende tu setakat situ je. xde nya nampak yang kau terlalu buruk utk di buat kawan.. tapi sekarang ni.. aq dapat tau, kau mengungkit setiap apa yang aq mintak tolong kau.. kalau kau xnak tolong aq, serius cakap je. kau xboleh tolong. dan aq rasa kau dah cukup mahir utk mencari apa2 alasan sekali pun bg menampakkan kau xbersalah kalau xnak tolong aq. tiap2 malam kau mintak tolong aq utk print note utk kau, walau aq tau yang ko dah ada printer.. tapi aq xde pun nak masam muka ker, nak cerita kau buruk2 kat kwn2 aq.. lagi pun kawan2 aq xkenal pun ko sapa. memang ada la sikit.. aq cerita kat diorg bila lewat mlm baru ko mesej aq utk note kau, yang tu memang aq bengang. aq lah yang tukang print. pas tu, aq cuma mintak tolong BALAK ko utk BALAK aq kot... bukan aq mintak tolong ko straight. dan aq rasa aq x dapat pun pertolongan dari ko... kalau ko xnk tolong aq, xpayah la ko nak kutuk2 kitorang. kalau nyusahkan ko tu cakap je la. aq xkisah pun.

dan yang paling aq xsuka bila aq dapat tahu setiap apa yang aq cakap kat ko, semuanya ko cerita kat orang. dan aq xtau apa motif ko nak cerita semua tu pada kawan2 ko, pada balak ko. kenapa??????????? apa salah aq kat ko? kalau ko gaduh dengan balak ko, aq ni macam hamba ko la nak kena back up ko depan pakwe ko tu, konon nya nk bagi baik hubungan korang. aq xngungkit pun utk ko. aq xde pun nak mengutuk2 ko... even pakwe aq dah marah aq masuk campur hal ko pun, aq still lagi back up ko... even aq tau yang ko main kayu 3, aq still lagi back up ko. apa lagi aq xbuat utk ko? seyes beb! aq betul2 touching dengan ko. apa salah aq pada ko? dan sekarang bila aq tunjuk yang aq xde mood dan cuma masam muka depan ko, aq tipu lagi ko, konon nak jaga ati ko lagi, aq cakap aq gaduh dengan pakwe aq..(ada betul jugak) walau itu bukan sebab utama, dan sebenarnya, aq rasa macam nak sembur ko time tu jugak. tapi apa kan daya, semua bende kat sini, kita buat sesama, dan xkan la tiba2 semua tu akan hilang.. aq ni boleh survive... tapi ko????? ko boleh? aq datang kelas lewat, suruh ko masuk dulu pun ko malu... ni kan pulak nak hidup sorang2 tanpa kawan kat sini? pikir ar wey... yang ko memang perlukan aq kat sini.... so jaga lah hati orang sikit... kalau ko nak berkawn lama... cubalah utk menghargai sapa yang ko ada sekarang... jujur dan amanah dalam sesuatu hubungan tu...

pasal ko kutuk kawan2 blok ko... aq xamik kisah pun... aq xamik port pun. xde nya aq nak sebar ke apa.. kalau aq jahat, dah lama aq buruk kan ko balik, aq bgtaahu kawan ko tu pasal ko. baru dia tau dengan sapa dia kawan.. dan aq xkisah pun... kalau ko nak dendam dgn aq sekali pun, aq xkisah. tapi seyes beb memang aq xleh terima kelakuan ko tu.... tolong la, jaga tatatertib utk berkawan... tolong... kalau muka je cantik tapi kat dalam buruk, xde apa gak... itu ayat pakwe ko bagi kat aq....       terima ar...

Wednesday, 22 February 2012

gembira =)

hehehehe.. dah 2 hari senyap jer.. ini malam aq topup sebab dah rindu sangat dengan Mr. Comel aq tu... heeehhehehe my Mr. Comel tu dah turun berat badan ke 60kg... hehehe mesti bertambah comel la pakwe aq... yang aq gembira sangat.. sebab pakwe aq tu betul2 dah berubah... dia betul2 nak kerja kuat. cara dia nak cari duit tu dah mula nampak sungguh2..  sampai kan hari cuti pun dia nak kerja.. semua ni buat aq betul2 gembira dengan semangat dia.

tapi tadi, aq ada kalis bende dengan dia. sebenarnya aq nak cakap bende lain, tp aq xberani.. aq tau keinginan aq tu mungkin xdpt diterima oleh dia. so aq kalis la cakap pasal lesen.. nasib baik ada gak bende nak kalis. sebenarnya sayang, ayang nak cakap dengan b yang ayg teringin nak ambik Berokbeng... sebab sekarang ni, line wifi kat uum ni sangat la slow.. bila syg fikir, mungkin sebab sekarang ni student kat uum sgt la ramai.. dan mungkin bila terlalu ramai, line wifi jadi slow... kadang2 ayg fikir, nak cari bahan utk assigment nanti susah.. sebab wifi sangat lah lembab.... kadang2 dia punya tu dok loading kat situ je xgerak2... dan pukul 2 3 pagi baru lah line ok sikit.. mcm sekarang ni, dah kul 2 pagi baru boleh buka blog... dari tadi lg nak buka... tapi xboleh... ermmm memang tersangat la bengang..

sebab tu syg teringin nak amik berokbeng... lagi pun nanti ayg praktikal kat rumah nak guna internet macam mana... memang terpaksa amik sekarang la... nak buat report praktikal tu kena la ada bahan jugak.. so mcm mana????

maafkan ayg... ayg sebenarnya xtau mcm mana nak cakap dengan b... ayg xberani.. ayg takut b xsetuju... mungkin alasan ayg xkukuh... tp ayg teringin nak ambik jugak... cuma xtau mcm mn nk ckp... itu je.

maafkan ayg sebab kalis dengan b tadi....
maafkan ayg....
=(

Tuesday, 21 February 2012

perubahan kami....

ermmm entah apa yg aq nak komen ni sebenarnya... huhuhu 2 ke 3 hari ni dia ada perubahan sikit... semenjak keadaan aq yang tiada duit ni, aq rasa dia dah mula boleh berdikari agaknya. dia dah mula boleh bekerja tanpa aq memaksa dia. tanpa aq memperingati dia. tnpa aq perlu membebel pada dia.. dan mungkin itu salah satu yg boleh memankin dia utk bekerja keras...dan aq pula?????? ermmm aq ok je kalau kami x ckp fon lama2 sekali pun.. setakat call dan dia bgtau aq yang dia sedang kerja, it's ok 4 me. cukup utk buat aq rasa puas hati.

aq ni bila masuk semester ni , aq rasa macam aq ni dah mula xde perasaan... aq xtau kenapa aq perlu rasa mcm ni. aq bangun nk gi kelas mcm xde semangat mula2 yang biasa aq alami. tapi aq pergi ke kelas cuma sebab aq rasa itu sebagai tanggungjawab aq. dan aq kena penuhi tanggungjawab tu utk aq tamatkan pengajian aq disini yang bakal berakhir pada bulan 6 ini. dan aq rasa aq dah xsabar nak masuk ke alam pekerjaan. sebab aq dah mula fikir pasal kehidupan aq selepas aq habis belajar ni. aq mula fikir apa nak jadi selepas ni... dan yang paling penting utk aq fikir adalah pasal duit.

well... bukan sebab aq ni jenis materialistik, atau gila duit, tapi aq penting kan duit sebab aq xnak susah di hari depan.. aq kena betul2 bajet dari sekarang macam mana nak hidup selepas ni, dan apa aq nak krja, dan yang paling penting, mcm mn aq nak bayar duit ptptn bila dah  habis belajar nanti...  aq risau takut aq xdapat kerja. dah la pointer aq ni ciput jer.. xsehebat orang lain.. ni nak kena compete dengan budak2 yang bukan course banking lagi... aduhhhh pening2... macam mana aq nak dapat kan kerja dalam masa yang singkat ni ha.

sebenarnya, ma ada harapan utk anak2 dia, ma dah cakap dengan aq, yang dia nak aq siapkan bahagian rumah yang masih xsiap tu sebelom aq kawin... (yela.. kalau xsiap mcm mana nak wat kenduri) ye dok? ermmm pas tu, ma nak aq ada kereta sebijik dulu sebelom aq kawen jugak... ini memudahkan aq, sebab itu memang harta aq, dan bukan harta sepencarian... dan sepul pulak mintak aq kumpul kan duit utk dia, sbg share utk buat hantaran nanti. aduhhh itu la.. aq pening... dan niat aq pulak, aq nak tolong adik aq yang sekarang ni baru darjah 6 tu... itu adik kesayangan aq... Yati.. aq xtau knp, dlam ramai2 tu, aq sayang kan yati lebih. dia pandai sejukkan ati aq.. tambah pulak mak cakap yang yati sebiji mcm aq waktu aq kecik2 dulu... perangai kami sama. sebab tu aq simpan angan2 nak tolong dia nanti..

angan2 nya banyak.. tapi kerja belom tentu... aduh... pening2...
dan kereta impian aq...

aq xtau la kereta ni mahal ke x....tp aq akan cub dpt kn jugak.. huhuhu

Saturday, 18 February 2012

kad dari angah

ermm.. tadi sebenarnya aq excited nak wat entry pasal citer aq balik kampung dengan epol, naik kereta. ada la beberapa keping gambar. punya excited, aq cari jugak USB tu, sbb nak upload gambar. tapi sekarang ni, aq dah xde mood tu. aq xfaham dengan si epol ni. apa yang dia nak sebenarnya. kenapa dia nak buat loan? untuk apa? buat apa? aq xtau. lagi pun dia cuma bagitau aku sikit je pasal tu.. so, mungkin dia xberani nak bg tau aq, atau dia rasa aq xlayak tau. aq heran betul. dia xcukup duit, aq bagi. aq utamakan dia. even aq tau, kalau aq bagi dia, mungkin aq yang xcukup makan. tapi aq bagi jugak. dan sekarang duit pun ada RM15 je lagi. nak tunggu PTPTN masuk memang lambat lagi la. dan aq xtau aku boleh tahan ke x. sekarang ni apa yang aq pikir, mungkin duit RM 50 yang aq bagi malam tadi, dah habis. dah xcukup duit sangat. dan aq xtau dia nak wat bayar apa sampai terdesak sangat nak wat loan. aq xtau....

dia memang xfikir masa depan kami berdua kalau dia buat loan. dan kalau dia buat loan, aq xtau lah, yang aq nampak aq lah yang akan jadi penjamin. dan bila aq kerja???? aq dok bayar hutang kau je lah????????hutang belajar aq ni PTPTN ni sapa nak bayar? mungkin dia cuba nak lingkup kan aq agaknya. gelapkan masa depan aq. KEPUTUSAN AQ : BILA kau buat LOAN, maksudnya kau cuba nak batalkan perkahwinan aq dengan kau. aq dah bagitau awal2 dulu, yang aq xnak hidup dalam hutang. aq dah cukup banyak hutang. lagi nak suruh kau berhutang? so memang selamat tinggal ar... aq xkan jerat diri aq sendiri. nak mampos? aq xrela. kau pikir la sendiri sebab kau kan dah besar. xperlukan aq pun sebenarnya. semua kau boleh buat sendiri. lagi pun masa aq tunjuk yang aq marah kat kau, kau bukan nya nak pujuk aq atau apa. tapi kau diam.. malah kau boleh mesej dengan orang lain. dan itu bermaksud kau memang xrasa bersalah pape pada aq. ok lah... aq xkan campur pun urusan kau. tapi ingatan aq, perkahwinan tu terbatal saat kau cuba nak jerut aq dengan segala hutang2 tu semua.

dan sekarang aq nak citer pasal tajuk tu.. sebenarnya, kad yang angah bagi tu dah lama. itu lah kad yang pertama dan terakhir yang dia bagi pada aq. dan sebenarnya, aq dah buang kad tu tadi. bukan apa, banyak sgt barang aq, jadi, barang ngada2 ni semua aq buang. malas nak simpan. walaubagaimanapun, aq still nak post dalam ni pasal kad tu. aq ada snap gambar sikit macam mana rupa gambar tu... uhuhuhu

 to --> ida
wak, nanti jangan lupa
saya kat sini
semoga berjaya

 ni bentuk kad tu

 ni dari depan

yang ni termasuk sampul dia...
huhuhu

ermmmm tiba2 rindukan angah... well.... k lah... mood aq xbaik ni... bye...

Sunday, 12 February 2012

bila dia mengenali mama

aq xfaham.. kenapa dengan aq.. apa yang xkena.. pada mulanya timbul rasa bangga bila dia berani berjumpa dengan ma aq, berani untuk bersembang lama2 dengan dia. aq rasa bangga.. tapi bila dah bercakap dengan mak lagi lama dari cakap dengan aq, memang aq rasa dah lain macam la kan. ermm mulanya aq xnak pikir pape. tapi makin lama, bercakap sampai habis bateri, dan bila aq caj fon, dia cakap dengan aq, dia pertikai kan kenapa aq caj handfon. dia xsedar yang dia dah cakap lama2 dengan ma tu, boleh pulak dia persoalkan kenapa aq caj fon? memang aq dah xpuas hati la kan...

dan semalam, bila dia luahkan yang dia cuba nak merasa kasih sayang mak, dan aq berikan peluang itu pada dia, dia nak bercakap selama mana aq pun aq xkisah...dan aq boleh la main game lama2, dan aq boleh la ngadap laptop je keje aq. ahhahaha... tapi bila dia bercakap dengan aq, dia persoalkan kenapa aq xnak cakap dengan dia, ah!!!!!!!!!! kenapa dia persoalkan macam tu pada aq? apa yang xkena? semua pada aq xkena? macam tu? dan aq xtau apa yang dia ngadu kat ma, sampai kan ma pulak bebel kat aq, nasihat kat aq, suruh layan dia baik2... hello!!!!!!!!!!!! kalau kau call dah berejam jam kau asyik cakap dengan mak, macam mana kau nak ada masa nak cakap dengan aq?

lantak lah, sebenarnya aq xnak amik port pun... sebab perempuan tu adalah mak aq... malas aq nak pikir...

chow!

Sunday, 5 February 2012

apa lagi yang bakal berlaku?

dah lama aq xmenulis dalam blog kisah cinta kami.. bahagia??? derita????? gaduh??? ketawa????? ya.. semuanya ada. aq gembira saat aq bersama dia. bila dekat, semuanya terasa seperti di awangan.. walaupun gaduh dengan dia, tapi bila berdekatan semuanya kelihatan jujur. xde masalah, xde ego yang dipuja. tapi bila berjauhan.. susah sekali untuk aq rasa gembira. dia sebenarnya xde masalah pape. xde masalah pun. segalanya baik dengan dia. tapi cuma 1 je kelemahan dia yang aq xsuka. dia xkomitmen dengan keje dia. Dia xpentingkan keje dia. dan sekarang dia mula menuduh aq dah berubah.

macam mana aq xberubah? aq fikir aq serius dengan dia sebab tu aq berubah. aq nak dia pun serius dengan hubungan ni. aq mula fikirkan masa depan kami. aq nak dia rajin bekerja. supaya nanti bila bersama, kami xkebulur, cukp makan dengan apa yang dia ada. memang! kalau aq nak ikutkan perangai ego, aq xkan pilih lelaki yang menyusahkan aq, TAPI x.. aq masih bersama dia. aq sanggup berjanji susah senang kita sama2.. aq ketepikan ego aq, dengan harapan dia akan berubah. dengan harapan dia akan mula fikirkan masa depan kami bersama. tapi apa yang aq dapat? 5x dia berjanji dengan aq yang dia akan berubah. tapi sampai sekarang dia masih sama. dia tetap dengan perangai dia. ya! mungkin dia boleh cakap dia xpergi kerja kerana aq.. habis kalau macam tu dia, xpernah pikir nak suap mulut aq nanti macam mana? kalau kami gaduh, dia xgi kerja, dan kami xmakan, semua tu sebab aq ar? kalau macam tu baik aq yang kerja. aq yang tanggung segalanya/.. macam tu ke yang dia nak?

aq cuma berharap yang dia mampu berubah... memang betul, kami saling menyayangi, tapi pikir ar jugak untuk masa depan..aq pikir semua ni untuk dia jugak.. malam tadi kata nak naik penang. tiba2 dah postpone pulak ke malam ni.. aq dah nampak dah kat situ, dia langsung xde usaha nak maju. dia xde perasaan nak berubah. dia ingat semua orang boleh tunggu dia. mula2 cakap yang hospital tu suruh lapor isnin, pas tu tadi malam cakap yang dia lapor diri hari selasa. dia dah mula nak kencing aq ke apa? aq dah penat dengar alasan dia. semua tu sama je. aq nampak dia cuma main2... dan xnak berubah... memang aq cuma nampak yang aq akan sara hidup dia nanti.. itu lah yang bakal terjadi dengan sifat dan perangai yang dia ada sekarang.

aq betul2 minta maaf... aq bukan nak hina kau, tapi kau dah keterlaluan aq rasa. dah melampau... kau xpernah fikirkan aq.. dulu kau selalu cakap, kau kerja untuk aq, untuk kita... tapi sekarang? apa ada? aq dah penat tegur pasal kerja kau. kau dah besar, pandai2 lah kau nak cari makan. sampai bila aq nak tolong pikir pasal kau?kalau aq tolong pikir pun, kau xpernah nak ikut apa yang aq mintak. apa yang aq cakap. pada kau, kau dah besar. dan kau boleh fikir sendiri kan? ok lah kalau macam tu....

aq hormat keputusan kau...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...