aduh.. entah apa yg aq dah buat kat epol. aq pun xtau kenapa semenjak dua menjak ni aq selalu tinggi suara dengan epol, selalu maki maki dia, sedang kan dia cakap elok dengan aq. aq xtau kenapa.. aq penat sangat sekarang ni. motivasi kerja aq xtinggi sangat sekarang. aq penat sebab pergi kelas, balik terus masuk kerja, bila masuk kerja, aq xde mood nak buat assigment sbb kat lab kot, aq xrasa suasana belajar tu. dah tu balik2, kalau makan dengan nana aq kena rush, balik salin baju terus pergi makan, dah makan balik mandi2 semua, malam buka laptop ngada facebook lagi. nak sampai ke tahap buat assigment tu, berejam jam dok ngadap facebook. pas tu bila dah kul 12 mula la mata ngantok, time tu la baru teringat assigment. buka assigment, buat separuh jalan, ngantuk tido!.. ermmm sbb tu assigment aq xsiap2.. pas tu si sepul plak, kul 4pagi baru la nak menelefon, aq penat seharian, daripada pagi aq bangun sampai la aq ngadap laptop utk facebook malam tu baru berenti rehat atas kerusi. penat kaki berjalan ke sana kesini, kerja lagi rasa macam nak tido, tp kang orang datang tgk tgh tido, apa plak orang fikir. ermmmm
kalau dia xcall aq kul 4pagi tu, dia call aq pukul 8pagi, aq tengah lena lagi, sbb kul 9pagi aq baru nak bangun utk teruskan rutin harian aq sampai ptg yg sangat memenatkan... pas tu nak aq borak la pagi tu? ko memang silap la..
aq xtau la... aq penat sebab kerja aq ni memang la xpenat sbb tukang print je, masalah nya mata aq penat sbb ngadap skrin PC tu. kekadang tgk PC kejap jer mata dah berair.. penat tau, mudah aq ngantuk. lagi satu, kekadang rasa xberbaloi, sebab paling banyak pun 2bulan aq kerja ni baru dapat RM 150. rasa xberbaloi sbb dah 2bulan. tapi aq terpaksa kerja ni, kurang2 aq ada jugak back up utk aq wat belanja makan.
nak tau kenapa aq boros awal nya dulu? ermmm sbb aq bajet yang sepul akan bayar duit aq sem ni.. jadi aq xkan putus dengan duit. sekarang ni, habuk pun xde. so aq terpaksa la limit kan belanja dengan duit yang ada. dan dengan keadaan macam ni, aq dah xamik kisah dah apa yang sepul buat. dia kerja ke x ker, aq xamik tau pun. biar lah. dan bila aq fikir sedalam2 nya, mampu ke dia nak jadi suami aq? mampu ker? mekap aq jer dah dekat RM100, belom masuk makan lagi, barang ngada2 lagi, baju semua.. macam mana? hutang aq pun xterbayar, lagi kan pulak nak tanggung belanja aq. nampak macam dia xde masa depan. aq xtau lah....
sekarang ni, aq sabarkan jugak penat ni.. dah tertekan macam ni sebab kau, memang kat kau la aq lepas kan, sebab tu aq selalu marahkan ko. aq xnak fikir hal masalah ni, lagi pun sepanjang aq xtopup, ko xde kredit, aq rasa selesa sebab aq xperlu pikir nak layan kerenah ko. aq balik kerja, makan, balik mandi, ngadap laptop, pas tu tido. memang kadang2 bosan sebab xborak dengan sapa2 pun. tapi lagi bagus macam tu kalau hanya menghabis kan duit jer... sem ni berapa ratus duit aq hbs utk topup sahaja. niat awalnya aq nak kumpul kad topup tu, nak tgk berapa ribu aq hbs utk tanggung kos gayut malam2 utk jantan. tp xterbuat sbb aq tau amount tu xtepat sbb aq ada gak topup pakai reload. ermmm
aq xpernah hbs kan duit utk jantan, biasanya jantan yang habis kan duit untuk aq, dan sekarang ni tuhan balas balik kat aq... aq dah papa dah... so, xyah la aq pikir nak berbelanja lebih2 mcm dulu... hmmm