Saturday, 20 December 2014

hari ni saya xnk tulis banyak2 pun, tetapi aq teringat sesuatu, aq dah putus dengan saiful anuar, lebih kurang 3tahun yang sudah. sekarang aq masih mencari yang betul2 terbaek dalam hidup ni. ada la jugak aq cuba nasib dalam facebook, sebab dikatakan dalam facebook pun boleh dapat pakwe. aq bukan nk mencari pakwe semata2. tapi aq nak mencari seorang lelaki yang betul2 boleh menjaga aku, walupun aq xbekerja
sehingga sekarang masih mencari. di sebab kan aq sukakan outdoor, aq ada la ter kenalan dengan seorang lelaki ni, nama dia Zizan, dah beberapa bulan berkenalan, ada jugak keluar lepak sesama, minum teh kat kedai, pas tu ada satu masa, kami plan nk ke Sungai Sedim

best jugak sebab aq memang dah lama berhajat nak naik tree top walk tu. walaupun bende tu adalah kosong, xde apa2. tapi aq enjoy bergambar dengan dia.














walau mcm mna pun, hubungan hanya separuh jalan, dia pergi tgglkan aq, dan facebook pun dia dah remove and block aq dari friend list. mungkin jugak dia ada pengganti laen.
xper lah aq xkisah, hidup perlu diteruskan...


Saturday, 6 December 2014

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH


Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...