Sunday, 30 October 2011

aq dah melukakan hati dia lagi (29/10/11)


aq xtahu kenapa, aq bangun pagi tadi, terus bersiap untuk keluar dengan adikku.dia nak jumpa pakwe dia. Aq Cuma sebagai peneman. Aduhhhhh yang menjadi masalah nya bila aq lupa info Pada my boy yang aq nak keluar. Aq anggap itu sebagai kesalahan yang kecil dan mampu aq pujuk bila dah sampai rumah nanti. Banyak kali dia call tapi aq xangkat. Pengalaman dengan hafiz dulu, bila dengar suara lelaki di satu tempat dimana aq berada pastinya bertalu2 tuduhan yang bakal aq terima. Sebab itu lah aq xnak angkat call. Aq xnak dia pikir yang bukan2. Dah banyak kali dia call tiba2 aq tersentap bila dapat 1 massage dari dia,
                kalau tiba2 kuar xboleh bagitau b la mcm tu??? Ckp nak kuar gi mana kena bagitau b tp karang ni apa? B dah buat yang terbaik utk syg, b ingat lagi apa yang syg ckp mlm tut p ayg dah lupa!!! Xpela ayg wat lah apa pon, jgn nanti cakap sikap b xsama mcm tu sebelom ni dah la, ikut lah b xnak bertekak pasalbenda nie, b baru balik hospital b sempot masuk hospital pg tadi… xpelah b Cuma nak bagitau yg tu ja, k lah b nak rehat jap lg b nak gi kerja plk…k samekom…
aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! Kenapa? Kenapa aq terlalu kejam terhadap dia? Aq xtau nak pikir apa. Memang aq sentap. Aq xtau apa nak dibuat. Aq xtau apa nak diucap, aq xtau apa yang perlu aq lakukan.. aq memang kejam terhadap dia. Tapi dia? Sentiasa sabar terhadap apa yang aq dah lakukan.  Kenapa aq terlalu jahat dengan dia? Bukan aq xhargai dia dalam hidup aq, Cuma inilah pertama kali aq dapat cinta sepenuh mati terhadap aq, dan aq xtau macam mana nak menjaga hati dia. Kalau lah aq mampu lihat apa yang dah terukir dihati dia, pastinya dah banyak parut2 luka kesan dari perbuatan aq terhadap dia, pastinya banyak luka2 yang dia dah alami sepanjang 3bulan bersama memadu kasih dengan ku… memang aq terlalu kejam terhadap dia. Dan dia???????????? Aq xtau sampai bila dia mampu menerima aq dengan kekejaman yang aq dah lakukan terhadap dia.. sejauh mana dia mampu bertahan dengan sikap kejam aq. Kenapa aq terlalu jahat pada dia???????

Sunday, 23 October 2011

apa dah jadi sekarang ni?????

aduh..kenapa pagi ni aq dah mula rasa lain terhadap dia? kenapa aq rasa seolah2 dia xsama macam hari semalam? apa dah jadi dalam hubungan aq ni? tarikh 21oktober sangat bermakna buat aq. kami kenal 22 ogos, 21 oktober aq ke rumah mak dia. 22oktober sangat bahagia. dating bersama2 dengan dia memang mampu buat aq lupakan segala2nya. 20oktober, aq mula pakai mask, sebab aq xnak nampak pucat muka aq depan mak dia. so, malam tu mula la beroperasi pakai mask. malam tu jugak la yang aq gaduh dengan dia sebab buat dia tertunggu2 tu.. ni la jadinya masa pakai mask tu.. buruk giler muka aq.hahahaha
hehehe malu lak nak publish kat dalam ni. tapi xpe. janji hasilnya boleh tahan. muka aq putih dowh! hahahha.. pas tu esok nya pergi kursus pra-L untuk kereta. aq sangka sampai petang rupanya 3jam je. lagi 3jam dia buat praktis dalam kereta. dia ajar aq bawa kereta la sikit. memang aq xpandai la. so agak nerves bawa keta tu.hahaahaha..

dah setel praktis tu, kebetulan dia dah sampai. pergh cepat giler. dia xkan buat aq tunggu lama2. aq xtau lah.. aq rasa dia sangat2 bahagia dengan dia. dia hargai setiap detik masa bersama aq. selalu senyum, dengan muka manis dia tu ar..dah naik motor pergi umah dia. aq boleh terlena atas motor, naseb baek aq xjatuh. penat kot. dah sampai2 rumah dia. dok kejap je, mak dia dah nak gi kerja, apa lagi terpaksa la kuar rumah. kang orang cakap apa lak dok berdua dalam rumah kan. kuar2 dia bawa aq gi tasek. tasek apa aq xtau lah. ramai orang mancing kat sana. hehehe best2, jalan2 waktu petang dengan orang tersayang. sempat gak snap gambar.




bahagianya aq rasa, macam orang tengah honeymoon pun ada. sebab masa dia memang 100% untuk aq. kitorang pergi jalan2... dah lama sangat kat tasek tu, pergi la pulak kat umah mama dia. kat sana pun mama dia agak ramah, aq yang senyap pun rasa macam ok la, xde la nampak pendiam sangat. heheheh

dah hampir kul 9 baru kitorang bertolak nak balik. masa tu kantoi dengan dia pasal video hafiz dengan aq dulu. aq lupa nak padam. adessss memang sentap ar kena dengan muka hangin dia. aq rasa nak nangis time tu jugak. naseb baek la ego aq masih tinggi lagi. lagi pun aq lupa nak delete, bukan sengaja xnak delete. dah tu di pertengahan jalan, dia ajak gi minum dulu. tengah2 minum tu, dia nak nyanyi pulak. gatai tul la. dia nyanyi lagu sejiwa untuk aq.. aduh! malu dowh! kawan2 dia tengok je waktu dia speach tuju lagu tu untuk aq. aiyo.. xpernah aq rasa saat bahagia tu. ini lelaki pertama yang nyanyi kan lagu untuk aq.

dia cakap nak snap gambar masa kami sama2 pakai kain batik kain pelekat, pergh! memang nampak macam laki bini dah. tapi xsnap sebab ada orang kat umah dia. kawan mak dia datang rumah. malam tu tidur macam tu jelah.

esok nya pergi kat sungai lepas mak dia gi padang besar dengan tamu tadi, aq ngan my boy gi sungai. ramai orang mandi kat sana. aq rasa kampung diorang memang best ar. ada macam2 kat sana. dok kat sana menanam janji, bermadu kasih. hehehe tapi xtangkap gambar sebab lupa bawa fon. dalam kul 6 lebih baru balik rumah, aq pun nak balik uum dah. di singkat kan cerita, dia sampai uum, basah kuyup sebab ujan. aq xbasah sebab masuk uum dengan bas. jahat x aq? kesian dia. sejuk2 macam tu. aq naek la amek baju aq yang besar2 sikit tu, bagi kat dia tukar baju. yang kelakarnya, dalam banyak2 baju aq bagi tu, dia pilih baju kaler pink. haahahaha

lepas makan kitorang lepak kat bus stop lagi. aduhai.. memang bus stop la saksi cinta kami. heeheehhehe tapi malam tadi lama sikit kat bus stop sebab kami ada selisih faham sikit. lepas tu, bila keadaan dah reda, snap gambar lagiiiiii

 dia penat agaknya....


kaler pink kan????????
dia dah balik rumah, learningzone xleh buka pulak, memang aq dah hot. dengan penatnya lagi,, aq dah berniat xnak pergi kelas.tapi still ada harapan, bila aq cakap nak try buka esok. gayut pun sekejap je dengan my boy. dah tidur. pagi tu aq bangun buka lerning zone, xleh gak. aq dah malas, terus aq sms mira cakap xnak pergi kelas. aq ngantuk giler. penat kot. 2hari asyik jalan jer. 

tapi hari ni aq dah mula rasa lain. dia macam xsama dengan semalam. dia mulakan sms dengan salam. dn dari pagi hingga ke petang cuma ada 1sms dari dia. dia call sekali jam 11 lebih tadi, aq cakap aq tidur, dia letak fon. pas tu, kul 3 aq bangun, aq call dia pulak xangkat. banyak kali aq call. sms pun aq ada bagi gak. aq dah mula rasa lain. kenapa??????? dan bila dia call, kat tempat bising, aq lagi xde mood. kebetulan hari ujan aq terus letak fon untuki angkat baju. dan dia miss call aq sekali je. aq xangkat, dia sms aq 1jer. kenapa??????????

pas tu, dia call lagi sekali, aq angkat, dia tahu tempat tu bising, dia cakap nak keluar dari tempat tu, then terus dia letak fon lagi...kenapa? kenapa begitu lama masa yang dia ambil untuk call aq balik?????????????
kenapa????????? tengah cakap2 dengan aq, kawan dia datang, dia sembang dengan kawan dia sekejap, terus dia letak fon. kenapa?????????????????

aq dah xde nilai lagi bagi dia ker?????? kenapa hari ni xsama macam semalam?????? kenapa hari ni dia layan aq macam biasa2 je????? kalau sebelom ni hidup xlengkap tanpa suara aq, kenapa hari ni lain???????????
apa dah jadi dalam hubungan ni?????????????????????????????????????????????????????????????

Thursday, 20 October 2011

kesian dia....

aduhai... cian my boy ari ni.. aq selalu wat dia tertunggu2 dengan aq. dari pagi tadi, aq call kejap, aq terlelap, aq call kejap aq terlelap.. last2 dia majuk gitu je. cian dia. dah tu balik kelas, aq call kejap, cukup bahagia sekejap.. pas tu, aq boleh tertidur. dia kata nak gi main bola. aq balik bilik sambung tidur. adesss hujan lebat kot. itu yang best tidur tu.dah tu terlajak bangun lambat. dah xleh sembahyang memang itu la jawabnya. dia suh aq jnji untuk call dia kul 8mlm, tapi aq misscall je. jahat kn aq? lepas tu call dia balik jam 9malam. adess memang dia hangin la. sejam lebih tunggu aq call. tujuan aq misscal tu kononnya kalau dia xtengok fon, mesti dia ingat aq dah call tapi dia xangkat. hahaaha luck aq xbaek lak!

ermm dah tu, sekarang ni pun cian lagi, ada je benda yang bagi kitorang xleh gayut lama. aq kena setelkan assigment, sebab kalau betul jadi dia amik aq esok, aq dah xde masa untuk siapkan assigment tu. so, aq kena minta masa untuk buat assigment tu. lagi dia hangin, sebab kena tunggu lagi. ni masa aq tengah on9 ni pun, dia masih lagi menunggu.. aduhhhh memang aq xsangka. yang dia betul2 xleh tidur tanpa suara aq. dah banyak kali aq suruh dia tidur dulu, tapi dia xboleh. aiyo.... kesian weh kat dia...

sayang.... maafkan ayang... bukan xnak sembang dengan b. tapi ada tikanya ayang kena pentingkan kerja ayang. maafkan ayang b....

Monday, 17 October 2011

saat itu.....

ya Allah... kenapa perasaan aq macam ni? aq xtau nak cakap macam mana.. hari ni bahagia menjelma bersama dia. tapi bila dia cakap dia nak gi antar awek pada adik dia, aq dah rasa semacam. kenapa perlu kamu yang hantar? adik kamu mana?dia datang buat apa?kenapa kamu terlalu baek untuk hantar perempuan tu? kenapa kamu terlalu gentle dengan perempuan? memang ianya sangat bermakna pada aq, tapi bila kamu lakukan pada perempuan lain, perasaan ku?????????????

selepas 45minit menunggu dirimu, baru telefon berbunyi, alasan untuk tidur xmampu ku elak. hatiku lembut bila mendengar suara mu sayangku. aq xmampu meneruskan marahku. perasaan marah lesap begitu saja. dan untuk memujuk ku, kamu mula bercerita tentang kisah kita. tentang perasaan kamu, tentang cinta kamu terhadap ku. tapi.....

tapi........................

saat itu, saat kamu mengatakan aq perempuan pertama yang mampu mengetuk pintu hatimu selepas ianya ditutup rapat....
saat aq bertanya siapakah perempuan yang mengunci pintu hatimu dulu?
saat kamu menjawab.................
saat perkataan aishah terpacul dari bibir mu....
hatiku.............
xmampu menahan satu perasaan.. air mata mula bergenang di kelopak mata. x ingin ku titiskan untuk benda yang dah berlalu. xmampu untuk aq bertanya soalan yang seterusnya...
kenpa??????????????
kenapa sebak bila mendengar pengakuan itu?
sebab, kamu pernah mengatakan petang tadi, yang sidia kembali mencarimu, ingin bertemu dengan mu, datang ke rumah mu...
di saat aq jauh darimuuu.............
apa yang mampu ku lakukan??????????? perasaaannnnn kuuu di saat itu?
apa yang mampu ku lakukan?
sejarah mungkin kah kan berulang?
di saat itu....
akuuuu????????????????????????

Saturday, 15 October 2011

dating kali ketiga... weeeeeee (",)

hehehehe best jugak dapat balak dekat dengan kita kan.. asyik dating jer..hahahahaha hari ni aq pergi buat kursus motor pra-L kat mustika muhibah. agak bosan ar... sebab aq sorang je kan.xpe lah, nak wat cam ne, nak cepat habis punya pasal kan. dah tu, bosan tadi, rehat kul 11pagi sekejap,kol dia. pas tu dia cakap nak datang tempat aq,kul 1 nanti sebab rehat tengah hari. aduh, puya la excited kan, aq xmakan la tengah hari tu, tunggu dia.

dah kul 1, aq kuar kelas, kol dia nak tanya kat mana,hangin je bila dengar suasana kat belakang tu, sunyi jer. rupanya dia xsampai lagi. then, dia janji nak datang dalam kul 4 macam tu, lepas aq dah habis kelas. dannnn memang betui pun. dia datang kul 4lebih tu. betul2 lepas aq habis kelas. ya Allah, gembira sangat bila mampu mengubat rindu. dah tu, lepak ar situ kejap sementara tunggu turn aq untuk naik van ke DPP aq.

aq dah sampai DPP, naik tukar jeans, cuci muka sikit, pakai krim baru, yang my boy tu pulak dok tunggu aq kat bus stop. aq turun pergi makan dengan dia, lepas makan, jumpa mira untuk amik tiket bus. dah amik tiket bus, (aq balik kg 23hb malam) kitorang gi mall semata2 sebab my boy nak kencing. hehehehe kadang2 kesian dia. termengah2 dia jalan dengan aq. tapi xpe. aq ada. aq sebenarnya nak dia cuba jalan jauh sikit. sebab aq ni suka jalan kaki. nanti xde ah dia lelah bila jalan kaki dengan aq sebab dah biasa. dah tu, kuar je bilik air tu, dia basuh muka, mungkin betulkan rambut dia tadi kot, memang jelas nampak muka comel yang menambat hati aq. aq xtau, aq suka tengok muka dia. sebab aq rasa aq xmungkin marahkan dia bila aq pandang muka dia. aq sayang kan dia. dan hati aq sentiasa tenang bila tengok muka dia.

dah kuar dari varsity mall, dia terus terduduk. mungkin penat berjalan kaki tadi. agak lama kot kitorang duduk depan mall. dia sandar kat belakang aq bila duduk, ermmm kalau la ada orang tolong snap kan pic tadi mesti cantik... tapi bila aq snap sendiri, ermmmm macam ni la jadinya :

teruk la muka aq. nampak pucat. sebab xde lip gloss. tadi dah makan tu, semua lipstik tanggal. ermmm bahagia sangat rasa... terima kasih sayang...
dah lepas ok sikit, kitorang teruskan perjalanan... sampai depan bus stop tu, kitorang duduk lagi, ramai la member2 aq yang tengok aq tengah dating dengan dia. ermm dah sampai part sedih sikit. ada 1 bas lalu depan kami, dia macam nak berenti, so aq geleng kepala, abang bas tu senyum la kat aq. aq senyum la balik. sekali dia amik port pulak. cemburu la beb. aduh... memang lama ar nak pujuk dia.lama sangat kami membisu. dia wat muka xde mood ngan aq. masa tu ya Allah, tuhan saja yang tau, aq dah xtau macam mana nak pujuk dia.. nak upload muka dia tengah marah tadi sat....


masa ni, dia tengah bengang, sebab walaupun aq tahu dia tengah hot, tapi aq dengan selambanya snap gambar la, buat muka ngada2 la kat dia, pas tu aq boleh suruh dia senyum... macam ni jadi nya :

hhehehehe muka xberapa nak senyum. sabar je lah... last2 teringat pulak suara dalam fon tu, suara dia best, bila gelak2. then, aq kuarkan fon.. sedang cuba untuk calling, dia jeling je perbuatan aq. aq tau dia cuba nak tengok sapa yang aq call. tapi aq buat xtau je. hehehehe pas tu fon dia berbunyi. cakap macam biasa. tapi agak lama kot cakap dengan dia. baru lah terpujuk. hehehe dah siap pujuk, dia ajak jalan sebab dia nak balik lak... ermmm perjalanan macam biasa, tapi still cakap kat fon, ada gurau2 sikit.. hehe memang bahagia. terima kasih sayang. terima kasih banyak2... ayang sayang kan b... muah....

Thursday, 13 October 2011

kalau lah.......

KALAU LAH......
perkataan tu memang selalu bermain di bibir setiap manusia yang mempunyai angan2... dan kebarangkalian untuk terjadi mungkin cuma 50-50. hari ni aq ingin menyimpan angan2...

Ya Allah, kalau lah Kau berikan aq tambahan masa untuk aq bagi minggu ni, aq sangat bersyukur Ya Allah. aq sangat sibuk.. projek yang bakal berlangsung esok, masih kelam kabut. aq sebagai ketua aktiviti, tapi mempunyai masalah dari segi AJK tu sendiri. adoiyai.. xcukup AJK. memang nak marah rasa, dah macam2 plan aq letak, tp semua macam xboleh je.. aduh... pening kepala den..

dalam masa sibuk memikirkan hal projek, aq juga memikirkan hal pelajaran. pagi tadi kuiz mikroekonomi. konon nya berlagak, aq mungkin boleh jawab sebab dah belajar dalam matrikulasi dulu. so, study bab satu je, itu pun mata dah xleh tahan ngantuk. apa x nya, malam tu meeting, sampai kat bilik kul 12. cuci muka, sembahyang, iron baju semua, dah setengah jam. so, kul 12.30 la baru buka buku. dalam masa sejam je aq habis kan 1bab. berlagak x? (tapi xfaham apa pun) tidor dalam kul 2.30pagi. semester ni aq xtidur petang, sebab tu susah nak tidur lambat. jadi, aq target, lepas cuti midsem ni, aq nak mula balik tidur petang. so, aq boleh tidur lambat di waktu malam.

lain ceritanya pagi tadi, aq xsempat nak habis kan soalan aq, mungkin masuk lambat ke apa aq xtau. 3soalan kot aq xsempat baca dan jawab. memang, kalau lah..... aq boleh jawab. dah tu masuk kelas2 lain dah, otak dah biol. aq xtau kenapa, sakit kepala sangat2. mata mula la berpinar. dok, fikir petang ni ada meeting. aiyo. balik bilik, dah kul 4, dengan baju kurung tu jugak (yang dh dibuka kain nya) aq tidur je. nasib baik my boy kejut kan aq tadi. bangun, makan nasi, pergi meeting.

esok macam mana???????? apa lagi la kan???? ermmmm esok ada ujian komputer untuk lesen aq tu. aiyo! bagi orang yang dah amik tu memang la cakap senang, dah tu bagi aq yang memang xtau apa2 pasal undang2 jalan raya? memang kena study la.nasib baek la aq amik petang. kalau x... ermmm memang pergi dengan otak kosong. konfirm kena teet!!!!!!!! (xleh sebut, takut masin mulut) 

eh? macam xlengkap hidup aq ni. kenapa? ups! cerita my boy.kesian dia hari ni, aq memang hangin je 1 badan. aq marah2 dia. sampai hari ni FIRST TIME dia off fon dia sebab merajuk dengan aq. rasa bersalah sangat2. dah sampai dalam kelas, bila otak aq dah boleh berfikir, aq mula rasa kesal. aq minta maaf pun jadi lambat la sebab fon dia off. masa tu aq fikir, apa la yang akan jadi pada dia? bila dia tutup fon, aq xsedap hati, sebab aq risau kan keselamatan dan kesihatan dia. itu je. dah nama pun sayang kan? hehehe

b... maafkan ayang. ayang xcukup tidur kot. tambah stress sikit, jadi ayang mula hilang kawalan. bercakap main lepas je. xpernah fikir perasaan b. maafkan ayang b...minggu depan minggu hantar assigment lak.. mungkin lagi la sibuk. entah apa lagi yang akan jadi antara kami. mungkin kah dia akan merajuk lagi???? sayangku, maafkan ayang...

ya Allah, kalau lah Kau berikan aq tambahan masa, aq nak lebih dari 24 jam, aq nak lebih dari 7hari.. aq perlukan kehadiran my boy dalam hidup aq, tapi kesibukan ku selalu menolak nya ketepi. ayang minta maaf b.. Ya Allah, bagi lah aq masa tambahan dalam sehari untuk aq bersama dengan dia dalam keadaan yang bahagia. aq sayang kan dia... ayang sayang kan b....

Tuesday, 11 October 2011

lagi sekali aq menyeksa perasaan my boy

ya. memang betul, lagi sekali aq menyeksa perasaan dia. entah la apa yang aq dah buat kat dia. sampai tercetus perasaan xselesa bila dia seolah2 xpercayakan kasih sayang aq pada dia. ya Allah, macam mana lagi aq nak buktikan pada boy aq tu yang aq betul2 sayang kan dia. apa yang aq terlepas cakap, pastinya dia mudah terasa hati. aq xfaham... kenapa b? kenapa b xmampu nak percayakan cinta ayang? ayang sayang sangat kat b...

dari jam 11.50pm sampai sekarang, 12.42 am dia terus misscall aq untuk pujuk aq, tapi aq cukup2 terkilan sekarang ni. aq cukup2 terasa hati, aq xtau kenapa. dari tadi boy aq ni berjaya misscall sebanyak 74kali... massage sikit je. adesss kesian dia. kenapa aq jahat sangat pada dia? kenapa???????????

b... percaya lah... ayang sayang kan b....

Monday, 10 October 2011

gembira duka

ermmmm ari ni biasa2 jer, hubungan ok. cuma ari ni manja lebih sikit. hehehe kelas cuma ada 2 je ari ni. pagi 1, petang 1. lepas kelas pagi kitorang gayut sampai kul 11.30 pg. sangat bahagia. kami bergurau senda. hehehe dan apa yang dia nak sampai kan pada aku, sentiasa aq boleh teka dengan tepat. hebat x aq? hehehehe

tadi turun gi meeting. kul 12 lebih siap. pas tu dia call, aq cakap dengan mak dia. aq terlepas cakap yang along xbagi aq tidur awal... (along is my boy). mungkin mak dia tegur dia kot. suruh jangan kacau aq nak belajar. pas tu dia tanya aq apa yang aq cakap dengan mak dia. aq xberani nak cakap apa. nanti dia terasa hati pulak. maafkan ayang b.. ayang terlepas cakap je tadi. niat ayang cuma nak gurau jer. xsangka pulak ma ambik kisah hal tu. maafkan ayang...

dah tu my boy ni majuk pulak. aq dah xtau nak pujuk la kan. sebab aq yang salah. xtau nak pujuk macam mana. pas tu, aq on9.. dia pulak marah aq sebab aq on9. aduh.... semua nak marah. xfaham tul aq. dah tu aq tutup facebook, aq buka la si Rama2 ni untuk post aq yang terbaru.. cian my boy. aq selalu wat dia terasa hati. aq memang xpatut wat dia macam tu. aq pun cakap selalu xpikir kan perasaan dia. maafkan ayang b...

dok dia tengah majuk tu, aq pulak amik kesempatan on9, bukan on9 facebook pun. tapi aq search pasal gadjet2 iT ni. best gak! sekarang tengah giler pasal handphone samsung wave atau pun samsung jet tu... memang aq tengah giler fon tu.


dah, sudah search handfon, aq search lak camera. kalau fon tu, camera dia 5mega pixel, sekarang search lagi camera yang lagi ok. aq kan suka bergambar. sebab tu sedang mencari gajet yang baek punya. terjumpa la beberapa camera yang terpikat dihati.
contoh nya :



pergh! cakap pasal gajet ni xkan habis. melainkan bila ada duit. semua boleh beli... sekarang sengkek cuma boleh browse je. tunggu la, ada duit baru boleh beli... huuhuhuhu...

Saturday, 8 October 2011

bahagia menjelma..

akhirnya... tadi malam aq bahagia untuk tempoh yang agak lama walaupun ada sikit je pertelingkahan. hehe aq mintak masa untuk 15minit je pun, itu pun dia xnak. dia xnak aq letak fon, xnak lepaskan aq untuk 15minit jer!!!!  itu pun aq dah bagi alasan nak azan kan, xbaek bercakap di telefon.. so dia amik keputusan untuk diam.. huhuuhu... pas tu aq diam, sebab aq minta 15 minit tu, aq nak amik buku dengan alat tulis nak gi bilik tv, nak buat homework kat sana. tapi dia xbagi kan.. so aq buat la senyap2. hmmm dah tu kalau aq buat calculation, memang aq akan baca la apa yang aq tulis tu, pas tu, dah dengar aq cakap benda bukan2, apa lagi, bertanya la dia..

ermmm maafkan ayang b... ayang bukan xnak bagitau b, tapi mesti sama jugak, b bukan lepas kan ayang nak buat kerja, b nak dengar jugak apa yang ayang buat. jadi sama jugak, kalau sayang xbagitau apa yang ayang buat malam tadi. sebenarnya, ayang buat kerja rumah yang lecturer ekonomi bagi kat ayang, nak antar  lambat lagi, tapi kawan dah desak ayang suruh buat. so ayang buat la... hehehehehe sambil cakap dengan b kot. itu pun b nak majuk.... sayang xnak b majuk2 dengan ayang. sayang sayang kan b. walaupun sayang xpujuk b, tapi sayang tetap pikir kan perasaan b... sayang minta maaf b....

malam tadi bahagia sangat bila kita bergelak ketawa. sayang suka bila kita macam tu b. maklumlah, emosi sayang sekarang xbetul sangat. jadi, malam ni bahagia, esok gaduh, esok bahagia, lusa gaduh. hehehehe

hmmm tapi b masih jugak terasa hati kan? bila ayang tidur awal, bukan apa b... bila ayang dalam bilik, dah baring semua, ayang rasa penat sangat yang. minggu ni, asyik kena bangun pagi je, sebab tu ayang jadi ngantok giler bila baring. sayang minta maaf sebab ayang xsembang dengan b sampai lewat malam, malam tadi. betul b, ayang ngantuk sangat. ayang pun xtau bila ayang tertidur. maafkan ayang b... maafkan ayang.

ni sekarang gap antara kelas usahawan,dengan kelas hubungan etnik, sayang balik bilik nak amik buku, sementara tunggu masa ni, ayang edit skit gambar, hehehe nak letak kat blog. yelah, ayang call b, b tutup fon, itu je lah kerja yang ayang ada. nanti malam nak kena taip pulak homework tu... so kena pandai curi masa ni, nak sembang dengan kesayangan ayang sorang ni lagi...

ayang sayang kan b...
harap kita akan sentiasa bersama...

sayang sayang kan b....

Friday, 7 October 2011

sakit ati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tadi aq gi expo dengan aisha, pija, linda, waheeda, siti, dengan tini. oh ya, roomate aq pun pergi sekali. dia join jalan sama dengan aq, then, dia terus pergi jumpa kawan dia bila kawan dia sampai sana. ya Allah.. tadi lepas balik dari protokol, aq tido dari jam 2 petang,sampai kul 7.45petang... (memang terlepas waktu asar la kan) bangun2 je kepala dah biol dah. terus call my boy. yelah, bila bangun tidur kena dengar suara dia dulu. dah tu siti pulak ajak aq pergi expo. aq ikut la, ingat nak jaga ati diorang sebab dah banyak kali aq tolak pelawaan diorang.. dah sampai sana, masing2 berpecah pulak. aq ingat boleh la jalan sama. rupanya wat hal masing2.

dah habis jalan, ada la aq beli bantal 1, dengan kopi uncang.
taraaaaa :
kopi tu aq x snap la kan.. bantal kedua untuk semester ni. dah penat tunggu diorang, nasib la dah sama2 bosan, aq,siti dengan tini balik dulu.. kalau diikutkan memang aq bengang jugak dengan diorang. entah apa yang diorang tunggu kat sana. aq ni rabun malam. kalau mata aq elok, dah lama aq balik sendiri. dah tu mira pulak desak2 aq suruh wat ekonomi tu. aish! aq kat expo kot!!!!!!!!!!!!!

masa balik tadi, member aq cakap ngan aq, yang dia nampak aq ni boros semester ni. apa x nya, aq beli itu, beli ini,baju je dah berapa helai semester ni, aq beli printer lagi, kettle lagi.


dah sampai2 bilik, gaduh lagi dengan my boy. eeeee xtau lah.. hati aq membara saat dia sebut pasal hafiz!!!!!!! kenapa dia sanggup cakap yang kasih sayang aq pada dia xsehebat kasih sayang aq pada hafiz????????? memang aq bengang giler. sangat marah aq rasa. dia dah mula merapu2 cakap. itu ini, semua tu menyakitkan telinga aq. aq pulak dah hilang mood nak sembang dengan dia. dia selalu spoil mood aq untuk 2 3 hari ni.

pas tu dia cakap, aq xsayang dia, aq dah bosan dengan dia, aq xsuka perkataan2 tu semua. boleh x tolong faham!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aq xsuka!!!!!!!!!!!! 

Wednesday, 5 October 2011

gaduh lagi...

aduh, xde kerja lain, asyik gaduh gaduh dan gaduh. bengang3! kenapa kami xmampu nak bahagia? dan semua ni salah aq. aq selalu cakap xfikir kan perasaan dia. aq selalu ketepikan perasaan dia. kerana? kerana aq tau dia terlalu sayang kan aq. dia xmampu nak hidup tanpa aq. aq?????????? aq jugak sama sayangku.. syg syang kan b. syg sayang sangat2 kat b. sayang xtau kenapa 2 3 hari ni mood sayang xbetul. sayang selalu marah kan b, dan tanpa meminta maaf, b sentiasa memaafkan kesalahan ayang. ayang sedar ayang salah. ayang minta maaf b...

tapi sayang, jangan lagi b cakap yang ayang xsayang kan b, jangan lagi b perkatakan yang ayang xkisahkan hidup b. ayang sayang sangat kat b. ayang sayang sangat2. ayang kisah kan b dalam hidup ayang, ayang perlukan kehadiran b bagi menceriakan hidup ayang. sayangku, percayalah, ayang betul2 sayang kan b... toloooooooong lah percaya sayang.

sedih hati ini, bila mendengar tuduhan darimu, kadang2 ayang xfikir apa yang ayang cakap. ayang lupa b sensitif dengan setiap kata2 dari ayang, tapi percayalah sayang, kadang2 sayang cuma terlepas kata.maafkan ayang..... sayang betul2 sayang kan b... sayang betul2 cintakan b... percayalah sayang...

Tuesday, 4 October 2011

kerana nasi je pun...

eee memang bengang giler ari ni. kerja asyik nak gaduh je. aq pergi bank in duit untuk bulan ni pagi tadi dekat mall. aq memang macam ni, dari sem 2 aq mula asing kan duit PTPTN tu, sikit2. aq bajet sebulan xlebih daripada RM300 je.baq asing kan duit dari Bank Islam kepada BSN. yela, kalau xasingkan nanti terlebih guna pulak. itu la tabiat aq sekarang for every month.

yang nak dijadikan ceritanya tadi, aq dah niat dah nak beli nasi lepas ni, atau pun petang ni, tapi my boy ni berkeras sangat nak suruh aq makan. macam la kalau xmakan terus boleh mati. bengang jugak la aq pagi tadi. dia dengan membebel nya, aq tengah hot dengan panas, bawa 1 bundle kertas, dengan berat tu.. adessss memang xleh nak kata apa ar kan. dah marah2 tu, aq sampai bilik, dengang bengang nya aq letak fon. aq ingat dia akan call balik, tapi dia yang majuk. xcall dah.

aq turun pergi beli nasi. dan nak tahu aq beli apa?
ni lah yang aq beli tu... dan ni kat cafe kolej aq. sebab kenapa aq xnak beli nasi ni tadi? mahal dowh! ini nasi kan, rM3. ayam dia, aduhai.... aq xtau ar.. dengan harga ni, aq mampu makan nasi kerabu kat cafe petro, ayam dia lagi besar kot. mungki yang ni potong 16 ke apa tah. sekarang cuma budak2 sem 1 je beli nasi kat situ. sebab diorang xtau lagi cafe2 lain yang murah. kalau aq turun petang ni, mungkin aq boleh gi makan dengan rumate aq kat cafe lain. ni aq dah makan tgh hari, confirm kenyang, then aq akan tidur petang.. aq dah bermasalah sikit kalau tidor petang.

ermmm dah la.. malas aq nak cakap pasal makan tengah hari ni, my boy xkan faham situasi cafe kolej aq. dengan mahal xbertempat.. dan dia xkan faham sampai bila2...

ni report untuk bulan lepas... hehehehe jadual bulan lalu....

bulan oktober bakal menjelma at the end of the month... hehehe

Monday, 3 October 2011

aq patut gembira ke sedih malam ni?????

ermm, entah la apa nak jadi ari ni kan.bukannya apa, ari ni aq dah habis kelas mikroekonomi, aq balik bilik sebab nak teruskan perjuangan mimpiku. baru je letak kepala kat atas bantal, teet! teet! massage masuk. call b.. ermm macam tau2 je aq baru balik kelas. dah tu call, sembang dengan dia.

aduh! masa sembang tu, kadang2 aq rasa dia lain dari yang lain. dia bagitau aq yang kawan dia ajak pergi memancing, dan yang membanggakan aq pasal my boy ni, dia mintak dengan kawan dia nak ajak aq sekali.... syok wooooooo!!!!!!!!!!! hehehehe apa yang lain nya dia ni? ermmm setiap masa nak bersama aq. itu yang best tu.. yang ni untuk bulan 12 punya plan... paling dekat plan bulan 11, nak balik perlis, umah ma dia.. aq xtau patut x aq rasa perasaan mcm ni, aq xpandai masak, aq takut mak dia nak test aq, habis lah kalau dia suruh aq masak kan? memang pecah dapur tu aq kerjakan.. dan yang untuk memancing tu, aq cakap dia lain, aq rasa macam my boy ni romantik gak. setiap masa ada je plan yang dia fikir untuk bersama aq.. best giler, dah lama aq nak ikut gi mancing. kalau dulu aq cakap nak ikut hafiz, tapi hafiz xbagi. kalau dengan my boy ni, setiap benda nak buat bersama aq. aq rasa, diriku begitu berharga disisi dia.. ni baru part siang nya, dah masuk petang tadi, aq cakap nk gi beli printer.

siti teman aq gi servey dekat varsity mall. aq ni bukan servey lagi, memang terus ambik. dah tu, aq dah calculate siap depan oarang yang promote kat aq tu. ada lak dia offer kat aq harga rm249, dengan catherage tu cuma rm27. kalau yang aq nak tu rm 99, termasuk catherage rm58, dah calculate siap2 depan tu, modal aq habis baru rm99 + rm58 = rm157 untuk 1tahun. itu dikira 1 catherage utk 1sem. kalau yang mahal tu, dah rm200lebih. aq limit masa untuk 1tahun sebab aq nampak yang aq xkan guna lagi bila dah kerja nanti. nak print note apa? assigment apa lagi? kat tempat kerja? confirm dah ada printer sendiri. kan??????? betul x apa yang aq pikir ni.

yang aq bengang sekarang ni, bila dah cerita dekat my boy tu, dah tanya harga, tau la murah kan, macam nak sindir2 aq pulak. dia cakap murah tu, stok orang yang xnak beli dah. stok lama.. ish! bengang giler aq.. dia tahu nak semua yang mahal je. yelah, dia kan standard, semua nak high class. xpelah, aq dah biasa pakai barang murah2 ni. barang2 aq semua murah2 je. itu yang kadang2 aq rasa macam siapalah sangat aq ni kat sebelah dia. biasa2 je aq ni. jimat xbertempat ke aq ni? sedangkan mak aq yang ajar, duit kena la jimat. aq memang berasal dari keluarga yang susah. sebab tu aq kena jaga duit yang ada.

masuk bab keluarga, memang xleh dinafikan keluarga aq keluarga susah. seboleh nya aq cuba untuk berjimat. member2 best je habiskan duit PTPTN kat expo. beli itu beli ini, aq lak? member ajak pergi sana pun, kena berdalih jugak. konon nya buar assigment la, ada meeting la macam2 bagi kat diorang. semua tu sebab nak jimat duit. sekarang ni, makan pun sekali sehari je. sama ada makan tgh hari tu, atau pun anjak terus ke malam. roomate aq pulak cuma nampak aq ni nak diet. memang la ada gak niat tu, tapi niat nak jimat tu lagi kuat dari diet. xpe. janji dia faham aq. xde lah malu sangat dengan dia kan....

tadi petang aq dah letak baju dekat Fa, yang tu kos rm40. tak bayar lagi. then amik buku strategik management pulak rm54, printer tu xmasuk list pun, tapi dah beli kan?, so, duit untuk simpanan ASB aq, dah tolak rm100. aq akan cuba kurang kan lagi kos yang aq guna. sekarang ni, topup aq dah termasuk dengan topup untuk nombor dia sekali. xtau lah kalau dia guna kredit tu untuk kawan2 dia kan.. aq malas nak cakap apa. aq pun dah xde duit. lepas ni memang kena control segala perbelanjaan.

nana ada gak ajak aq wat part time. tapi aq takut xsempat. xdan nak wat kerja lain lak. sekarang ni, memang jimat je satu2 nya cara supaya aq xkan mintak duit dengan ayah aq lagi. setakat ni, sepanjang 2tahun aq kat sini, aq xpernah mintak duit dengan ayah, so, kalau boleh aq xnak mintak sampai aq kerja. masalah semua berpunca dari duit.

sekarang, xsanggup aq dengar my boy memperkecilkan setiap apa yang aku beli.. yelah barang murahhhhhhh........ itu je yang bermain dalam kepala aq sekarang.... thank u sayang....

Saturday, 1 October 2011

pertama kali selepas declair..

bukan apa pun.. hehehehehe nak bg tau, selepas kitorang declair dulu, kami mula guna nombor digi. pada mulanya aq guna digi kampus, sekarang aq dah tukar pergi ke nombor digi easy. pergh! bila dah guna nombor digi easy ni, kan ada super buddy, ya Allah, boleh kira berapa sms yg kitorang antar, selebihnya semua nya call terus. telinga aq ni dah melecet sebab guna earfon terlalu lama.. tak kira gaduh ke bahagia ke, semua nya kitorang setelkan melalui call. dan walau semarah mana pun dia pada aq, dia xpernah miss my call. xpernah xangkat. he always want to be with me, whatever situation.

semalam dia cuti. kebetulan hari jumaat memang aq cuti, so gayut je lah kerja kitorang kan. hehhe.. dia suruh call balik jam 8.30 sebab hari dah maghrib, dan dia nak pergi mandi. tp dah kul 8.30 tu aq call asyik masuk voicemail je, maxis pun xangkat. ermmm nasib aq x angin lagi. then, dia call guna nombor sapa tah, aq angkat, then aq call balik. dia cakap yg dia kat umah atok dia. ermmm... dia cakap digi xde line, yang ada cuma maxis je... ermm...

then, aq turun pergi topup kan nombor dia dgn nombor aq, xbyk pun, rm3 je. dah balik bilik, this was the first time we use to sms. ya Allah, sebelom ni? xde maknanya nak sms ni, call je terus. sebab tu dia xleh xdengar suara aq untuk 1hari kan, dia rindu aq sangat2... hehehe same with me.

antara sms yang sempat aq save :
       my boy : biar la nnt klu kita kawen bukan setakat SP lbh pada 2 pun b bawak...
                   : kecik je... ayg ni nampak je macam bsar tp ramping owg nye...
                   : bukan ngampu.. b cakap benda yg betul.. ayg ramping taw x....
                   : b cakap je tp b xwat.. klu ayg tu pggh dh jd sejarah dalam idup b taw x xprnah kena lempang   gan pompuan taw.. ayg jd owg pertama lempang b taw.. tp b ok je.. xde pon nak marah2 kat ayg.. ayg baru b cakap dah nk marah2 b...
                   : xleh nnt tok marah.. tok b nie bukan mcm owg lain.. klu b bawak pompuan nanti mesti dia marah..sbb diaxsuka cucu dia bawa ank dara org kuar... nanti buta2 je kena marah gn dia...
                   : b nak cium 1 badan syg...
                   : ye syg.. b dh xlarat nak melamcap dh syg... b nak ayg... b nk isap apa aje yg ada kat tubuh ayg...
                   : bukan xpandai pakai plekat tp malas sbb dh tau dah, esok pg bangun mesti kain dah xde kat badan b, e2 yg b malas tu...
                   : apa yg ayg cakap ni, b xpernah terpk nk tinggalkan ayg, ayg cinta ati b. b dah pun bersumpah apa pun yg terjadi ayg tetap akan jd isteri b sampai akhir hayat b...
                  : b rasa lega bila ayg cakap mcm tu.. biar lah syg apa pon terjadi b akan tetap pilih ayg...
                  : b pon syg kn ayg syg sepenoh hati b... xde wanita lain yg bertahta di ati b hanya ayg sowg je...
                  : b sedar yg b akan syg kan ayg tp b xtaw knp  syg b melampau2 untuk ayg sebelom ni b xpernah sygkn pompuan sampai mcm nie, mungkin tuhan dah bg wanita istimewa untuk b sbb tu la b sygkan ayg mcm sekarang nie...  

hehehe cara tulisan tu aq edit la sikit kan.. xkan la nk ikut cara taipan dari dia. penat la wey.... aq bahagia sangat dengan kata2 dia. sekarang aq sedang belajar untuk setia dengan dia. ya Allah, aq dah xde laki lain selain dia. jangan Kau pisah kan kami ya Allah... xsanggup lagi aq mengharungi detik2 berendam air mata...

b, ingat ek janji2 yang telah kita ungkapkan...   walau macam mana pun kita gaduh, harus ada perbincangan antar kita, selesaikan elok2 setiap masalah yang melanda. dan yang paling penting perlu sentiasa ada peluang untuk setiap kesalahan... terima kasih sygku.... ayg sayang kan b....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...