Monday, 3 October 2011

aq patut gembira ke sedih malam ni?????

ermm, entah la apa nak jadi ari ni kan.bukannya apa, ari ni aq dah habis kelas mikroekonomi, aq balik bilik sebab nak teruskan perjuangan mimpiku. baru je letak kepala kat atas bantal, teet! teet! massage masuk. call b.. ermm macam tau2 je aq baru balik kelas. dah tu call, sembang dengan dia.

aduh! masa sembang tu, kadang2 aq rasa dia lain dari yang lain. dia bagitau aq yang kawan dia ajak pergi memancing, dan yang membanggakan aq pasal my boy ni, dia mintak dengan kawan dia nak ajak aq sekali.... syok wooooooo!!!!!!!!!!! hehehehe apa yang lain nya dia ni? ermmm setiap masa nak bersama aq. itu yang best tu.. yang ni untuk bulan 12 punya plan... paling dekat plan bulan 11, nak balik perlis, umah ma dia.. aq xtau patut x aq rasa perasaan mcm ni, aq xpandai masak, aq takut mak dia nak test aq, habis lah kalau dia suruh aq masak kan? memang pecah dapur tu aq kerjakan.. dan yang untuk memancing tu, aq cakap dia lain, aq rasa macam my boy ni romantik gak. setiap masa ada je plan yang dia fikir untuk bersama aq.. best giler, dah lama aq nak ikut gi mancing. kalau dulu aq cakap nak ikut hafiz, tapi hafiz xbagi. kalau dengan my boy ni, setiap benda nak buat bersama aq. aq rasa, diriku begitu berharga disisi dia.. ni baru part siang nya, dah masuk petang tadi, aq cakap nk gi beli printer.

siti teman aq gi servey dekat varsity mall. aq ni bukan servey lagi, memang terus ambik. dah tu, aq dah calculate siap depan oarang yang promote kat aq tu. ada lak dia offer kat aq harga rm249, dengan catherage tu cuma rm27. kalau yang aq nak tu rm 99, termasuk catherage rm58, dah calculate siap2 depan tu, modal aq habis baru rm99 + rm58 = rm157 untuk 1tahun. itu dikira 1 catherage utk 1sem. kalau yang mahal tu, dah rm200lebih. aq limit masa untuk 1tahun sebab aq nampak yang aq xkan guna lagi bila dah kerja nanti. nak print note apa? assigment apa lagi? kat tempat kerja? confirm dah ada printer sendiri. kan??????? betul x apa yang aq pikir ni.

yang aq bengang sekarang ni, bila dah cerita dekat my boy tu, dah tanya harga, tau la murah kan, macam nak sindir2 aq pulak. dia cakap murah tu, stok orang yang xnak beli dah. stok lama.. ish! bengang giler aq.. dia tahu nak semua yang mahal je. yelah, dia kan standard, semua nak high class. xpelah, aq dah biasa pakai barang murah2 ni. barang2 aq semua murah2 je. itu yang kadang2 aq rasa macam siapalah sangat aq ni kat sebelah dia. biasa2 je aq ni. jimat xbertempat ke aq ni? sedangkan mak aq yang ajar, duit kena la jimat. aq memang berasal dari keluarga yang susah. sebab tu aq kena jaga duit yang ada.

masuk bab keluarga, memang xleh dinafikan keluarga aq keluarga susah. seboleh nya aq cuba untuk berjimat. member2 best je habiskan duit PTPTN kat expo. beli itu beli ini, aq lak? member ajak pergi sana pun, kena berdalih jugak. konon nya buar assigment la, ada meeting la macam2 bagi kat diorang. semua tu sebab nak jimat duit. sekarang ni, makan pun sekali sehari je. sama ada makan tgh hari tu, atau pun anjak terus ke malam. roomate aq pulak cuma nampak aq ni nak diet. memang la ada gak niat tu, tapi niat nak jimat tu lagi kuat dari diet. xpe. janji dia faham aq. xde lah malu sangat dengan dia kan....

tadi petang aq dah letak baju dekat Fa, yang tu kos rm40. tak bayar lagi. then amik buku strategik management pulak rm54, printer tu xmasuk list pun, tapi dah beli kan?, so, duit untuk simpanan ASB aq, dah tolak rm100. aq akan cuba kurang kan lagi kos yang aq guna. sekarang ni, topup aq dah termasuk dengan topup untuk nombor dia sekali. xtau lah kalau dia guna kredit tu untuk kawan2 dia kan.. aq malas nak cakap apa. aq pun dah xde duit. lepas ni memang kena control segala perbelanjaan.

nana ada gak ajak aq wat part time. tapi aq takut xsempat. xdan nak wat kerja lain lak. sekarang ni, memang jimat je satu2 nya cara supaya aq xkan mintak duit dengan ayah aq lagi. setakat ni, sepanjang 2tahun aq kat sini, aq xpernah mintak duit dengan ayah, so, kalau boleh aq xnak mintak sampai aq kerja. masalah semua berpunca dari duit.

sekarang, xsanggup aq dengar my boy memperkecilkan setiap apa yang aku beli.. yelah barang murahhhhhhh........ itu je yang bermain dalam kepala aq sekarang.... thank u sayang....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...