Thursday, 13 October 2011

kalau lah.......

KALAU LAH......
perkataan tu memang selalu bermain di bibir setiap manusia yang mempunyai angan2... dan kebarangkalian untuk terjadi mungkin cuma 50-50. hari ni aq ingin menyimpan angan2...

Ya Allah, kalau lah Kau berikan aq tambahan masa untuk aq bagi minggu ni, aq sangat bersyukur Ya Allah. aq sangat sibuk.. projek yang bakal berlangsung esok, masih kelam kabut. aq sebagai ketua aktiviti, tapi mempunyai masalah dari segi AJK tu sendiri. adoiyai.. xcukup AJK. memang nak marah rasa, dah macam2 plan aq letak, tp semua macam xboleh je.. aduh... pening kepala den..

dalam masa sibuk memikirkan hal projek, aq juga memikirkan hal pelajaran. pagi tadi kuiz mikroekonomi. konon nya berlagak, aq mungkin boleh jawab sebab dah belajar dalam matrikulasi dulu. so, study bab satu je, itu pun mata dah xleh tahan ngantuk. apa x nya, malam tu meeting, sampai kat bilik kul 12. cuci muka, sembahyang, iron baju semua, dah setengah jam. so, kul 12.30 la baru buka buku. dalam masa sejam je aq habis kan 1bab. berlagak x? (tapi xfaham apa pun) tidor dalam kul 2.30pagi. semester ni aq xtidur petang, sebab tu susah nak tidur lambat. jadi, aq target, lepas cuti midsem ni, aq nak mula balik tidur petang. so, aq boleh tidur lambat di waktu malam.

lain ceritanya pagi tadi, aq xsempat nak habis kan soalan aq, mungkin masuk lambat ke apa aq xtau. 3soalan kot aq xsempat baca dan jawab. memang, kalau lah..... aq boleh jawab. dah tu masuk kelas2 lain dah, otak dah biol. aq xtau kenapa, sakit kepala sangat2. mata mula la berpinar. dok, fikir petang ni ada meeting. aiyo. balik bilik, dah kul 4, dengan baju kurung tu jugak (yang dh dibuka kain nya) aq tidur je. nasib baik my boy kejut kan aq tadi. bangun, makan nasi, pergi meeting.

esok macam mana???????? apa lagi la kan???? ermmmm esok ada ujian komputer untuk lesen aq tu. aiyo! bagi orang yang dah amik tu memang la cakap senang, dah tu bagi aq yang memang xtau apa2 pasal undang2 jalan raya? memang kena study la.nasib baek la aq amik petang. kalau x... ermmm memang pergi dengan otak kosong. konfirm kena teet!!!!!!!! (xleh sebut, takut masin mulut) 

eh? macam xlengkap hidup aq ni. kenapa? ups! cerita my boy.kesian dia hari ni, aq memang hangin je 1 badan. aq marah2 dia. sampai hari ni FIRST TIME dia off fon dia sebab merajuk dengan aq. rasa bersalah sangat2. dah sampai dalam kelas, bila otak aq dah boleh berfikir, aq mula rasa kesal. aq minta maaf pun jadi lambat la sebab fon dia off. masa tu aq fikir, apa la yang akan jadi pada dia? bila dia tutup fon, aq xsedap hati, sebab aq risau kan keselamatan dan kesihatan dia. itu je. dah nama pun sayang kan? hehehe

b... maafkan ayang. ayang xcukup tidur kot. tambah stress sikit, jadi ayang mula hilang kawalan. bercakap main lepas je. xpernah fikir perasaan b. maafkan ayang b...minggu depan minggu hantar assigment lak.. mungkin lagi la sibuk. entah apa lagi yang akan jadi antara kami. mungkin kah dia akan merajuk lagi???? sayangku, maafkan ayang...

ya Allah, kalau lah Kau berikan aq tambahan masa, aq nak lebih dari 24 jam, aq nak lebih dari 7hari.. aq perlukan kehadiran my boy dalam hidup aq, tapi kesibukan ku selalu menolak nya ketepi. ayang minta maaf b.. Ya Allah, bagi lah aq masa tambahan dalam sehari untuk aq bersama dengan dia dalam keadaan yang bahagia. aq sayang kan dia... ayang sayang kan b....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...